Thursday, August 26, 2010

KoPi ReGGaE

Dulu sewaktu haku belajar..mak haku selalu gelar haku tikus...resmi tikus..dia suka lah amik benda hapa2 pun yang dia berkenan..then simpan dlm sarang dia..sama macam haku...sebab haku sayang betul nakbuang buku..walau buku tuh dah penuh bertulis..jangan kata buku ..kepingan nota pada cebis2 kertas pun haku simpan..ishk mana lah tahu kan satu hari berguna..nak rujuk lagi dah terbuang kan susah...gambar2..poster pelakon atau penyanyi pujaan..masa tuh takder kumpul2 resepi nih..tahu masak air, goreng telur dan masak nasi jerk..nak goreng sayur pun haku tak pasti apa bahan nak letak..sekarang nih Alhamdullilah boleh lah kan sikit2..berbalik kisah buku2 dan kertas2 ku itu..nanti bila arwah mak spot check bilik..dan paksa haku buang semua benda yg tak berguna ( pada dia) haku dengan berat hati masukkan semua dlm plastic hitam..hisk sayang sungguh..kena buang lah kan..perangai haku nih..masih terbawa2 hingga sekarang..kalau bendayg haku suka contoh nyer lah.. gambar fesyen baju ker..resepi2 kat surat khabar atau majalah ker..memang akan ku gunting dan simpan..kunun2 satu hari nak buat lah..Tapi sekarang..haku lebih sistematik..semua cebisan2 tuh haku filing kan elok2 dalam fail :) senang bila nak buat rujukan.. Resepi yg haku buat nih pun haku amik dr suratkhabar..resepi nih direka oleh seorang pemuda Cina sempena pertandingan rekacipta resepi menggunakan produk F&N. Hehe..macam biasa..kerana bahan2 nyer mudah..haku lagi tergoda nak buat.Sesekali mencuba kelainan.Tapi mmg puji lah..rasa pahit kopi..bercampur dengan rasa eskim soda..dan dibaur dengan rasa dr eskim vanilla..wallah!!



KOPI REGGAE

Bahan- Bahan
1/2 cawan air kopi tanpa gula sejuk ( haku guna nescafe)
1 cawan Ais krim soda F&N sejuk
1 scoop vanilla eskim
sedikit serbuk koko


Cara-cara
1.Campur air kopi dengan eskim soda
2.Toppingkan dengan eskim vanilla dan tabur sedikit serbuk koko
3.Hidangkan

No comments: