Friday, August 20, 2010

PudDing CaRAmel LaPis CoklaT

Ntah kenapa semenjak dua menjak nih.. asyik tergoda jerk dengan puding caramel nih ..hari tuh dah layanz Puding Caramel Anisah..nih keluar plak version Puding caremel yg berlapis coklat..aduhai..mmg tak boleh jadi..nampak resepi nih dr dapur kak Hana Jepang nun..haku nih setiap hari menjadi rutin..mesti menyibuk nak jengah dapur org..tak tahu malu sungguh..arr tak kisahlah apa org nak kata..yg penting..haku dapat ilmu..:) kak hana..kak Nor..CMG..terima kasih kerana banyak memberi tunjuk ajar..walau tak pernah bertentang mata..tapi ikatan persaudaraan di alam maya nih..macam telah bertahun2 kenal..Semalam masa tgk resepi nih terus rasa nak buat..yelah ..bahan2 asas telur, susu semua ader dirumah..jadi survey2..tgk perjalanan resepi nih..waduhh..fofular sungguh..Mak Lang Azie buat, Kak Ummi buat..Kak Ijan buat..Jiya pun buat..kak An..pun Buat..siapa lagi buat..haku buat!!hahaha..lepas nih tak tahulah menjakit ke mana yerk plak lepas nih..kalau nak tgk resepi asal boleh rujuk kat link blog mereka yerk..

Resepi nih haku buat setengah adunan jerk..follow resepi dr Kak Hana..minta izin kopipes kat sini yerk kak..TQ :)

Bahan-bahan

* 4 biji telur gred B
* 410ml susu cair @ 1 tin susu cair
* 4 sudu besar gula
* 1/2 sk esen vanila
* 2 sudu besar serbuk koko / 1/2 sk nescaffe + 1/2sk pes coklat >> campurkan dengan sesudu air panas supaya serbuk koko tidak berketul2.( haku buat 2 sd serbuk koko + 1/2 sk emulco coklat )

Karamel

* 5 sudu besar gula
* 4 sudu besar air panas

P/S haku guna madu jer senang..

Cara-cara

* Untuk membuat karamel - Hanguskan gula sehingga perang. Masukkan air panas dan kacau hingga cair dan gula agak pekat. Tuang terus ke dalam loyang@bekas. Ketepikan. (Tgk kat sini..cecara nak buat caramel)
* Mangkuk lain, satukan telur dan juga gula. Kacau menggunakan whisk hingga gula larut. Jangan sampai berbuih.Masukkan susu cair. Kacau kemudian tapis.
* Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian masukkan pes koko tadi.
* Panaskan periuk kukusan. Tuang secawan@setengah cawan ke dalam loyang karamel tadi dan kukus hingga masak lebih kurang 5-7min. (bergantung ketebalan lapisan). Buat sehingga habis secara berselang seli. Pastikan penutup pengukus diikat dengan kain supaya air tidak menitik ke atas puding.(kerana menggunakan acuan yg kecil..jadi haku tutup acuan dgn aluminium foil )
* Angkat dan sejukkan terlebih dahulu. Sisipkan tepi loyang dan telangkupkan. Potong dan hidangkan.





No comments: