Monday, March 21, 2011

ChocoLate Moist Cake II

Fuhh ..hari nih baru ader kesempatan nak hapdet N3 nih..maaf lah yerk..tuan rumah sedikit BZ..minggu nih macam minggu cerekarama dlm TV..macam2 hal..tapi walau apa pun..haku berharap yg terjadi biarlah berlalu..yang buruk jadikan pengajaran..supaya biar kita lebih berhati2 tidak mudah tertipu dgn anasir2 nih semua..Ialah walu kita rasa kita nih dah bijak pandai..yg bijak pandai juga yang kena tipu..:( dan kalau kita nih tak tahu..dengar pada yg tahu..percaya pada darah daging bukan dr org luar..bukan nak kata kita tak boleh dengar nasihat kawan-kawan..tapi kalau kawan2 yang baik..tak apa..ni itulah jugak kawan yg tikan kawan..yang mengejek kekurangan awak..yg memperlekehkan kemampuan awak....kenapa cakap kawan tu juga yang didengar dr mendengar cakap dr adik sendiri? haku mmg frust..semua benda buat haku naik darah..tapi ialah..bukan kuasa ditangan haku nak halang benda2 mcm nih..semoga dgn kejadian- kejadian ini ada hikmah disebaliknya.



Ok2 back pada kek nih..Cantik tak???hahahha..hasil kerastangan ku yg asyik tak menyempat nak berguru ..jadi berguru dr internet , utube dan kawan2 blogger..Alhamdullilah..Kek nih kan ditempat oleh rakan FB kita kak Eza Minhat untuk birthday anak lelaki nye.Nak bawa pi sekolah anaknya supaya dpt diraikan bersama kawan2.Selain tuh..beliau juga menempah 50 pcs cupcakes coklat.Terima kasih lah ye Kak Eza.Minta dihalalkan yg mana terkurang dan terlebih. :)

Resepi kek nih kan haku amik dr MYR ..yg disumbangkan oleh kak Izan..l..minta halal yer kita salin resepi kat sini plak :)

Kek Coklat Moist
Sumber : Kak Izan - MYR

Bahan-bahan ( 21 x 21 cm )
* 2 cawan tepung gandum
*
2 sudu kecil baking powder
* 2 cawan gula halus ( haku guna 1 1/2 cwn )
* 4 biji telur gred A
* 250 gm buttercup ( haku guna S.C.S )

* 2 sudu kecil esen vanilla
* 1 cawan serbuk koko ( Haku guna TUDOR )

* 1/2 cawan gula halus

* 1 cawan air panas
* 1/2 cawan susu cair (IDEAL )


Cara-cara

1. Masukan serbuk koko,gula halus dan air panas dan jerangkan atas dapur dgn api yang kecil sambil dikacau rata dan berkilat sejukan dan tuangkan susu cair kacau rata dan ketepikan.
2. Pukul butter dan gula hingga kembang dan masukan telur sebiji-sebiji,vanilla di gaul rata dan ayak tepung dengan baking powder 3 x bar
u masukan tepung berselang selikan dengan pes coklat tadi dan digaul hingga rata-rata,
3. Masukan dalam loyang 9 x 9 dan bakar selama 1 jam pada suhu 180 darjah api atas bawah.

4. Sejukan kek dan dibahagi 3 atau biarkan begitu saja.


Untuk moistnya satukan 100 gm coklat masak, 1 sudu besar susu pekat manis dan 3 sudu besar air panas dan cairkan secara double boiler hingga pekat dan curahkan diatas kek dan hiaskan ikut suka.Selamat mencuba.

* Haku guna buttercream

250 gm unsalted butter
250 gm krimwell
2 cup icing sugar

Kacau semua bahan hingga gebu dan berwarna putih.


Tara.... siap deco dgn letak edible image upin dan ipin..hehehe

2 comments:

kak ina kl (2) said...
This comment has been removed by a blog administrator.
ninazsyafinaz said...
This comment has been removed by the author.