Thursday, March 17, 2011

SinGaPoRe ChiLi CRaB-My StyLe

You dare to come near me??? Grrrr...

Hahaha...Alhamdullilah untung betul kalau ader abg yang pandai turun ke laut nih..mewarisi bakat dr ayahanda kita..Dengan hasil bekerja sebagai nelayan sahaja dapat membesarkan kami sepuloh beradik..Oleh itu mana tumpah nya kuah kalau tak kenasi kan? Ang haku sorang nih mmg paling pintar bab turun ke laut..bila dapat rezeki macam nih..adik beradik lah yg tumpang rezeki tuh...ishh tapi kan takder lah tergamak nak amik percuma jerk..kena lah hulur2 juga..Weekend hari tuh..dapat lah ketam nih..abg haku kata nih baru anak2 remaja jek..ketam nih belum besar sgt..tapi sbb haku nak sgt makan ketam fresh..anak2 remaja pun rasak lah haku tibai jerk!!



Malam tadi selamat separuh ketam nih haku dah masa Singapore Chili Crab..hasil haku mengodek dari dapur Abg Mat yang duduk kat Sedenak tuh..haku kalau dah masuk dapur dia..macam tak jumpa pintu keluar..lepas satu-satu haku belek..hadoi. nampak sedap2 masakan kat situ..so far haku dah cuba banyak juga resepi dr Abg Mat..and Alhamdullillah so far belum ader yg bantat lagi..hehehe..Kalau nak cuba resepi haku copy gak kat sini..senang haku nak refer kemudian..Minta Maaf lah yerk..pic mmg kurang memuaskan..almaklum kita pakai kamera biasa jerk..tapi itulah hasil kerja kita sendiri..bukan macam org tuh main curi2 gambar plak..hahhha..siapa itu??

SINGAPORE CHILI CRAB
Sumber : Abg Mat Gebu- Dapur Tanpa Sempadan

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 ekor ketam saiz besar
2 camca besar sos cili
1 camca besar cuka makan
Garam dan gula secukup rasa
1/2 cawan air
1 biji telur, dipukul sedikit
6 biji bawang merah*
4 biji cili merah*
1/2 inci belacan*
2 biji buah keras*
2 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*(*dikisar halus)
Hirisan daun bawang, untuk hiasan
Hirisan cili merah, untuk hiasan
Bawang goreng, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)

1. Ketam dibersihkan, kerat kaki2 kecik, buang kulit kerasnya, jangkir ketam diketuk sedikit, ketam tu dikerat dua setiap ekor, kalau nak seko2 pun bolehh...
2. Lap kering2 dan lumur dengan sedikit garam, goreng dalam minyak panas hingga ketam berubah warn jadi kemerahan. Angkat dan toskan.
3. Keluarkan minyak dan tinggalkan untuk menumis. Masukkan bahan kisar halus dan sos cili tadi, tumis hingga terbit minyak, guna api sederhana dan kacau selalu. Masukkan cuka, air dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
4. Masukkan ketam, gaul rata dan masak sekejap. Tuang telur tadi disekeliling ketam. Biar sekejap dan gaul rata2 hingga menyaluti ketam tadi. Masak hingga pekat, matikan api. Alih dalam pinggan sesuai dan tabur dengan bahan2 hiasan. Hidangkan segera...






No comments: