Thursday, August 26, 2010

KoPi ReGGaE

Dulu sewaktu haku belajar..mak haku selalu gelar haku tikus...resmi tikus..dia suka lah amik benda hapa2 pun yang dia berkenan..then simpan dlm sarang dia..sama macam haku...sebab haku sayang betul nakbuang buku..walau buku tuh dah penuh bertulis..jangan kata buku ..kepingan nota pada cebis2 kertas pun haku simpan..ishk mana lah tahu kan satu hari berguna..nak rujuk lagi dah terbuang kan susah...gambar2..poster pelakon atau penyanyi pujaan..masa tuh takder kumpul2 resepi nih..tahu masak air, goreng telur dan masak nasi jerk..nak goreng sayur pun haku tak pasti apa bahan nak letak..sekarang nih Alhamdullilah boleh lah kan sikit2..berbalik kisah buku2 dan kertas2 ku itu..nanti bila arwah mak spot check bilik..dan paksa haku buang semua benda yg tak berguna ( pada dia) haku dengan berat hati masukkan semua dlm plastic hitam..hisk sayang sungguh..kena buang lah kan..perangai haku nih..masih terbawa2 hingga sekarang..kalau bendayg haku suka contoh nyer lah.. gambar fesyen baju ker..resepi2 kat surat khabar atau majalah ker..memang akan ku gunting dan simpan..kunun2 satu hari nak buat lah..Tapi sekarang..haku lebih sistematik..semua cebisan2 tuh haku filing kan elok2 dalam fail :) senang bila nak buat rujukan.. Resepi yg haku buat nih pun haku amik dr suratkhabar..resepi nih direka oleh seorang pemuda Cina sempena pertandingan rekacipta resepi menggunakan produk F&N. Hehe..macam biasa..kerana bahan2 nyer mudah..haku lagi tergoda nak buat.Sesekali mencuba kelainan.Tapi mmg puji lah..rasa pahit kopi..bercampur dengan rasa eskim soda..dan dibaur dengan rasa dr eskim vanilla..wallah!!



KOPI REGGAE

Bahan- Bahan
1/2 cawan air kopi tanpa gula sejuk ( haku guna nescafe)
1 cawan Ais krim soda F&N sejuk
1 scoop vanilla eskim
sedikit serbuk koko


Cara-cara
1.Campur air kopi dengan eskim soda
2.Toppingkan dengan eskim vanilla dan tabur sedikit serbuk koko
3.Hidangkan

TaLaPia 3 RaSA BaGaN

Salam Khamis semua!! hari nih kan haku sgt lah pening..pening sebab semalam haku baru tersedar yg masa begitu cepat berlalu..satu hapa pun persiapan raya haku tak mula lagi!! haiyak.. org lain mungkin sudah sampai kebulan..dah berbalang2 membuat biskut raya..dan kain langsir pun sudah berjahit indah..haku nih..satu hapa pun tak buat lagi..haiya..mcm gelabah pun ade..tapi pagi nih...haku tarik nafas dalam2..InsyaAllah dengan izinNya..haku akan dapat melakukan satu persatu :) Excelikan semalam dapur kita bercuti sebb semalam melayan perasaan ke Tesco..mencari lauk pauk untuk minggu nih..sambil tgk2 bahan2 nak membuat biskut raya..jadi semalam hanya berbuka dengan makanan yg dibeli je lah..Ikan 3 rasa bagan nih haku buat waktu berbuka masa hari Rabu..aduhai..minat sungguh haku dengan makanan yg berempah ratus nih..hapa lagi yg pekat rasa rempahnyer..mmg laju je haku makan..plak tuh dengan nasi yg panas2..ishk..mmg mabeles!! Resepi nih haku amik dr dapur Dapur Kak Ana.
Sajalah cuba2 resepi..nama resepi pun sgt lah komersial kan..tak tahulah napa ader nama bagan tuh..agaknyer ikan talapia tuh ditangkap dr sungai bagan? atau tasik bagan?ahaks..ok..Kak Ana..kita CNP resepi kat sini plak yerk..thank you for sharing resepi yg sedap nih..mmg cap Jempol!!

Talapia 3 Rasa Bagan

Bahan bahan :

* 1 ekor ikan Talapia..*resepi asal guna ikan siakap
* 3 ulas bawang merah * kisar
* 4 ulas bawang putih * kisar
* 40 gm cili kering * kisar ( haku guna 3 sudu cili kisar )
* 1 batang serai -diketuk
* 10 biji cili padi - diketuk ( tak letak..sbb haku tak kuat pedas :) )
* 2 cm halia - dihiris halus
* 3 helai daun limau purut..Ana takde jadi letak daun kunyit je ( haku satu daun hapa pun tak letak )
* 3 sudu besar sos cili
* 3 sudu besar sos tiram
* 2 sudu besar air limau nipis
* 1 cawan tepung jagung
* garam & gula
* Minyak utk menggoreng

Cara-cara :

* Lumur ikan dengan tepung jagung. Kemudian goreng ikan tersebut hingga garing.
* Angkat & hidangkan di atas pinggan.

SOS :

* Tumis bahan2 kisar bersama serai & halia hingga naik bau.
* Kemudian masukkan daun limau, cili padi, sos tiram & air limau nipis.
* Campurkan sedikit air ke dalam bahan tersebut. Masukkan garam & gula secukupnya. Kemudian tunggu hingga ia mendidih.
* Akhir sekali, curahkan sos yang sudah masak ke atas ikan yang dah digoreng tadi.

Tuesday, August 24, 2010

ChiCKeN VanDALOo

Selalu kalau ayam tuh..takder lain yg haku masak..rendang..merah..goreng..kicap..atau sup..tapi kali nih nak cuba resepi lain dr yg lain Chicken Vandaloo..hah nama mcm ader sikit bau2 masakan India..tapi kata CMG..masakan nih yelah pengaruh Portugis..wow.. masakan pun ader sejarahnyer tau..I loike sejarah!! Resepi nih memang best..cuma mungkin haku terlebih sikit dengan minyak sapi ..jadi rasa minyak sapi yg lebih tuh..membuatkan haku sedikit muak ( padan muka..sapa suh tak hikut resepi..main tabur jer..) Bab rasa rempah ratus tuh..memang sgt lazat..trasa..dan mungkin juga..kalau ditambah dgn gajus lagi mengancam agaknyer..nantilah..next time..bila kita masak lagi ..haku otter2..resepi nih yerk..

Resepi nih haku amik dr dapur CMG..waduh..kalau berjalan ke blog beliau..mau semua resepi haku nak cuba..tapi satu2 lah..dah banyak resepi dr blog beliau nih yg haku cuba .. dan alhamdullilah..best sungguh..semua nyer menjadi. CMG..minta izin kopipes resepi kat sini yerk..buat rujukan kemudian hari..terima kasih.haku cuma masak separuh dr resepi dibawah.

Chicken Vandaloo
Sumber : CMG

BAHAN-BAHANNYA :

1 kg ayam, dikerat sederhana besar
2 biji bawang besar
4 camca besar minyak sapi
6 ulas bawang putih
1 inci halia
2 camca teh jintan manis
2 camca teh ketumbar
2 camca teh halba (mat guna 1 camca teh)
1 camca teh serbuk kunyit
8 biji buah pelaga ( tak letak )
1 batang kayu manis
4 tangkai cili kering (ganti dengan 1 1/2 camca besar cili kisar) ( I follow )
2 camca besar tomato puree (mat ganti dengan 3 biji tomato, cincang halus) ( I follow )
3 camca besar cuka makan
Garam dan gula
Sedikit badam, untuk hiasan (optional) ( haku letak )

CARA MEMBUATNYA :

1. Ayam dibuang kulit, cuci bersih dan toskan. Bawang dihiris kasar dan goreng dengan sedikit minyak hingga kuning keemasan. Toskan dan kisar bersama2 halia, bawang putih, ketumbar, jintan manis, halba dan serbuk kunyit hingga halus. Ketepikan.
2. Dalam kuali, cairkan minyak sapi dan goreng ayam tadi hingga kekuningan pada semua bahagian. Masukkan bahan kisar tadi, kayu manis dan buah pelaga. Gaul rata dan masak sekejap.
3. Masukkan tomato cincang, cuka dan air secukupnya (anggaran 2 cawan). Masak hingga mendidih dan kuah pekat (kurang lebih 40 - 45 minit, dgn api sederhana). Tambah garam secukup rasa dan gula. Biar mendidih perlahan 4 - 5 minit lagi sambil dikacau. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur kepingan badam sebelum dihidangkan

Taraaa!!!!Mesti kena cuba buat lagi!!

KuiH LiMAs

Ini lah untung nyer kalau rajin sedikit mencari rujukan..selak2 buku resepi ker..atau sekadar blog walking di blog2 masakan ..pasti akan berjumpa dengan resepi2 yang baru..Mula2 nampak nama kuih nih haku tergelak juga..bukan mengejek..tapi teringat Rumah Limas kat Danga Bay tuh..tak sangka ader jugak kuih yg nama Limas yerk..apa maksud Limas nih?? hahhaa..kena rujuk kat kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka dulu..Tgk bahan2 dan cara..mudah disediakan..seperti biasa lah..seakan telah menjadi motto dan tabiat..haku nih kalau masakkan yg ringkas..bahan2 nyer pun mudah..mmg teruja lah haku nak mencuba buat..sebenarnyer..dah lama haku intai resepi kuih nih kat Dapur Kak Mas.Sengaja ku simpan .. sebb mmg plan tuh nak buat time bulan2 pose begini..Kak Mas..kita minta izin CNP resepi kat sini yerk..senang..dibuat rujukan ..kalau ader masa nak buat lagi..:)



KUIH LIMAS
Bahan untuk lapis bawah :

* 2 1/2 cawan santan cair
* 2 helai daun pandan ( haku guna 1 sudu perisa pandan )
* 1 cawan tepung gandum
* 2 sudu gula

Cara :
- Kisar daun pandan dengan santan cair dan tapis, masukkan gula dan tepung gandum dan tambah warna hijau jika perlu dan kisar lagi untuk sebatikan. Ketepikan.


Bahan atas :

* 2 1/2 cawan santan pekat
* 1 cawan tepung gandum
* 1 sudu teh garam

Cara :
- Kisar semua bahan untuk sebatikan dan ketepikan. ( Jika tak guna pengisar untuk sebatikan, adunan perlu ditapis supaya tak berketul.)

***** Gula pasir secukupnya untuk dijadikan lapisan air gula.





Cara membuatnya :

1. Panaskan pengukus .
2. Letakkan 1 sudu kecil gula pasir dalam bekas acuan dan tuang adunan lapisan bawah ( warna hijau ). Agak2 setengah bekas. Kukus selama 10 minit dengan api sederhana.
3. Kemudian tuang adunan atas dan kukus lagi selama 10 minit. Sedap dimakan ketika panas atau sejuk.

Monday, August 23, 2010

Udang GoRenG SanTaN

Salam Isnin.. Alhamdullilah sudah 13 hari kita di Bulan Ramadhan..bulan yg penuh dgn keberkatan..Alhamdullilah juga..masih diberikan kesihatan untuk menjalani ibadah puasa ini..Walau lambaian Aidilfitri masih jauh..kesibukkan menyediakan persiapan telah mula terasa..kat mana2 shopping complex.. butik2..kedai2..toko2..semua sesak..pasar2 sesak..pasar malam..pun sesak..ialah..ikut kemampuan masing2..yg lebih tuh..shopping kat butik2..yg sederhana tuh..kat pasar malam pun boleh lah..sebenarnyer kenkadang yg dijual di butik dan di pasar malam ..barang dan jenama yg sama..cuma dibutik jangan harap dapat tawar menawar harga patut katanya..harga dah habis kurang..takder diskaun..sedang dipasar malam..boleh tawar menawar..ialah kan..ikut class masing2..apa class nak pakai baju beli pasar malam..konon nyer..padahal..benda sama saja.Dlm ekonomi yg sedang turun naik nih..tak salah berjimat cermat..alah membeli menang memakai!!..Macam haku nih..haku tak kisah..asal berganti..lagi pun kerja mcm haku nih..takder nyer dapat pakai baju kurung..nak pakai seminggu sekali Jumaat pun payah..pakai tuh time kenduri atau masa raya nih lah..jadi tak berkira sgt pasal harga..asal sedap mata memandang selesa dipakai..itulah yg haku beli..tak kisahlah beli kat butik ker..pasar malam ker..kat pasar borong ker..hahaha...asal..berganti katanyer..ok hari ni nak share satu resepi mudah..nak buat sahur pun boleh nak buat utk berbuka pun boleh..sesuai utk org yg bekerja mcm haku nih hah..limited time kan..yelah balik kerja terkejar-kejar nak masak utk buka..menu2 yg ringkas begini bukan sahaja mudah disediakan..rasa pun mantop!!

Udang Goreng Santan
Bahan-bahan

300gram Udang ( dibersihkan )
3 sudu lada kisar ( letak lebih kalau mau lebih pedas )
1 labu bawang besar potong tipis
1 ulas bawang putih (titik)
1 cwn santan pekat
Sedikit Garam ( tak letak sebb lada kisar telah sedia masin )
Sedikit Gula

Cara-cara
1.Panaskan minyak, tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau
2.Masukkan lada kisar
3.masukkan Udang
4.Tuang Santan
5.Goreng hingga udang masak dan kuah sedikit kering
6.Perisakan dan hidang

Saturday, August 21, 2010

KuiH TepUnG BunGa

First time haku dengar nama kuih nih...kalau first time tuh..memang lah haku tak pernah makan kan..ternampak lah resepi nih kat dapur Kak Nor Trg..hadoi..haku nih kalau bulan pose suka benar makan kuih yg manis, pengat atau bubur..jadi bila nampak resepi nih..terus rasa nak buat jugak..ialah..selain kuih yg tak pernah haku tahu kewujudannyer ..cara nyer pun mudah..almaklum lah..org bekerja macam haku nih..balik rumah ader lebih kurang 1 jam je nak masak hidangan berbuka..jadi..kalau yg remeh temeh nih..kena tunggu weekend lah jawab nyer.. :) ini pun beduk dah berbunyi haku betul2 tgh mengoreng kuih nih..Alhamdullilah..sempat juga nak makan kuih nih waktu berbuka..Terima kasih kak Nor..for sharing this receipe..Minta Izin CnP resepi nyer yerk..:)

KUIH TEPUNG BUNGA

Bahan- Bahan

1 1/2cawan tepung pulut
3/4cawan (180ml) santan pekat
1/2 st garam halus
2 bj telur
minyak utk goreng
gula utk tabur

Cara- cara

Gaul tepung pulut dgn santan & garam hingga sebati sampai boleh membentuk bola,
tak melekat kat tangan dan bekas ( cam jd berkilat skit )
Pastu gentel sebesar guli hingga habis.
Pecahkan telur dan kocok/pukul hingga sebati.
Panaskan minyak dan leperkan sebiji adunan td atas tapak tangan, jd sebesar duit siling 50.
Celup dlm telur dan goreng sampai golden brown dan toskan
Hidangkan dlm piring dan tabur gula.


* Ala- ala..mcm kuih kertas sikit..tapi kuih nih..lagi lembut dan gebus.. dan mencelup dlm telur sebelum menggoreng..itu lah keunikkan nyer :)

Friday, August 20, 2010

CuCur UDanG


Ni N3 terakhir untuk hari nih..Resepi nih ku buat utk berbuka semlm setelah begitu terguda dengan cucur udang didapur kak hana..hahaha...banyak sungguh resepi dr nye yg kucedok..thank you sis..nanti kita dtg geledah dapur lagi yerk..hahaha..
Serious haku tak pernah buat benda nih..makan tuh mmg lah pernah..mesti ader yg gelak..alahai setakat cucur pun nak buka buku resepi nak rujuk sana sini..tapi dah mmg haku tak pandai..tak tahu..tak salahkan bertanya..buat rujukan..malu bertanya sesat jalan lah nanti!!
Sewaktu proses nak mengoreng nih..ader cerita lucu nyertau..mula2 yg pertama tuh..melekat kat senduk..tak boleh tanggal..kena cungkil dgn pisau..baru boleh..masuk yg kedua..meletup2 ko minyak dia..terus haku mencicit keluar dr dapur..haku nih..bab hapa punmasak haku boleh InsyaAllah..tapi kalau bab minyak meletops2 nih..fobia haku..takuttt...ishkk..kena lah jaga saham..masih bujangan lagi nih tau..( terpomot plak ) .
Kak Hana darling..Kita copipes kat sini resepi tuh yerk..senang buat rujukan kita dimasa hadapan..thank you!!

Bahan-bahan

* 300gm Tepung gandum
* Udang besar secukupnya, bersihkan
* Sebiji bawang besar - dimayang nipis- x ltk
* Segenggam taugeh....Nak taruk lebih pun ok !!!- xde
* Daun bawang dan daun saderi secukupnya, dipotong kecil2
* 2 biji telur
* 1 cawan air panas (bukan air mendidih yaaa... )
* Air biasa secukupnya
* Garam secukup rasa
* Sedikit serbuk kunyit
* 1 camca teh baking powder
* Minyak untuk menggoreng

Cara-cara

* Panaskan minyak untuk menggoreng dan sementara menunggu panas, rendamkan bahagian senduk yg bulat. Tujuannya adalah untuk memudahkan cucur udang lekang dari senduk.
* Masukkan tepung dalam satu bekas.
* Masukkan semua bahan-bahan lain kecuali air panas dan air sejuk. Gaul-gaul lebih kurang.
* Tuang air panas sedikit demi sedikit sehingga tepung bersalut air.
* Tuang air biasa sehingga adunan secukupnya elok untuk dijadikan cucur udang.
* Keluarkan senduk yg terendam dalam minyak tadi dan isi dengan adunan
danletakkan seekor udang di tengah2nya.

* Masukkan ke dalam minyak dan tunggu sebentar sehingga cucur lekang dari senduk. Goreng sehingga garing.
* Ulang hingga habis.
* Hidangkan dengan sos cili thai, kuah cili pedas atau kuah kacang. ikut selera masing2.

UNTUK SOS (RESIPI ASAL DARI "CHEF WAN")
Bahan-bahan

* 8 biji cili merah
* 2-3 ulas bawang putih
* 1 cawan gula - hana buh 3/4cwn ( letak 4 sdb shj sbb buat setengah adunan )
* 1/4 cawan air
* 1/4 cawan cuka makan
* 4 camca besar sos ikan ( yg nih pun terlupa letak )
* Sedikit kacang tumbuk (hana dan mat guna bijan) ( haku plak terlupa letak )
* >> hana tambah sos cili thai.( tak tambah hapa pun )

Cara-cara

* Kisar cili dan bawang putih hingga hancur, masukkan bahan2 lain kecuali bijan. Masak atas api perlahan sambil dikacau hingga sos memekat. Matikan api dan taburkan bijan sebelum dihidangkan bersama cucur udang tadi...

Ok so SelaMAT bERBuKA PUAsa !! Menu Hapa hari nih yerk??!

PudDing CaRAmel LaPis CoklaT

Ntah kenapa semenjak dua menjak nih.. asyik tergoda jerk dengan puding caramel nih ..hari tuh dah layanz Puding Caramel Anisah..nih keluar plak version Puding caremel yg berlapis coklat..aduhai..mmg tak boleh jadi..nampak resepi nih dr dapur kak Hana Jepang nun..haku nih setiap hari menjadi rutin..mesti menyibuk nak jengah dapur org..tak tahu malu sungguh..arr tak kisahlah apa org nak kata..yg penting..haku dapat ilmu..:) kak hana..kak Nor..CMG..terima kasih kerana banyak memberi tunjuk ajar..walau tak pernah bertentang mata..tapi ikatan persaudaraan di alam maya nih..macam telah bertahun2 kenal..Semalam masa tgk resepi nih terus rasa nak buat..yelah ..bahan2 asas telur, susu semua ader dirumah..jadi survey2..tgk perjalanan resepi nih..waduhh..fofular sungguh..Mak Lang Azie buat, Kak Ummi buat..Kak Ijan buat..Jiya pun buat..kak An..pun Buat..siapa lagi buat..haku buat!!hahaha..lepas nih tak tahulah menjakit ke mana yerk plak lepas nih..kalau nak tgk resepi asal boleh rujuk kat link blog mereka yerk..

Resepi nih haku buat setengah adunan jerk..follow resepi dr Kak Hana..minta izin kopipes kat sini yerk kak..TQ :)

Bahan-bahan

* 4 biji telur gred B
* 410ml susu cair @ 1 tin susu cair
* 4 sudu besar gula
* 1/2 sk esen vanila
* 2 sudu besar serbuk koko / 1/2 sk nescaffe + 1/2sk pes coklat >> campurkan dengan sesudu air panas supaya serbuk koko tidak berketul2.( haku buat 2 sd serbuk koko + 1/2 sk emulco coklat )

Karamel

* 5 sudu besar gula
* 4 sudu besar air panas

P/S haku guna madu jer senang..

Cara-cara

* Untuk membuat karamel - Hanguskan gula sehingga perang. Masukkan air panas dan kacau hingga cair dan gula agak pekat. Tuang terus ke dalam loyang@bekas. Ketepikan. (Tgk kat sini..cecara nak buat caramel)
* Mangkuk lain, satukan telur dan juga gula. Kacau menggunakan whisk hingga gula larut. Jangan sampai berbuih.Masukkan susu cair. Kacau kemudian tapis.
* Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian masukkan pes koko tadi.
* Panaskan periuk kukusan. Tuang secawan@setengah cawan ke dalam loyang karamel tadi dan kukus hingga masak lebih kurang 5-7min. (bergantung ketebalan lapisan). Buat sehingga habis secara berselang seli. Pastikan penutup pengukus diikat dengan kain supaya air tidak menitik ke atas puding.(kerana menggunakan acuan yg kecil..jadi haku tutup acuan dgn aluminium foil )
* Angkat dan sejukkan terlebih dahulu. Sisipkan tepi loyang dan telangkupkan. Potong dan hidangkan.





LemAk CiLi PaDi KeLi BerTErUnG


Alhamdullilah..sudah sepuloh hari berpuasa..terasa cepat masa berlalu..kejap je kan..minggu nih tentulah ramai yg mula membuat persiapan untuk raya..baju raya..langsir raya..perabut raya..kuih raya...haku nih ha..sebelum raya lagi dah sibuk dengan langsir raya..semalam cubalah menjahit sikit..terus rasa nak patah pinggang..hahaha..akhirnyer..ketiduran..langsir kemana..haku kemana..takpe..InsyaAllah..hari nih..nak mulakan projek langsir nih dengan lebih gigih lagi..takut nanti..di pagi raya..haku sidai je kain langsir tak berjahit tuh buat tutup tingkap..ooo..tidak...ok2..ni nak cerita plak menu nih..exceli ..ni menu utk berbuka hari rabu lepas..trasa2 nak makan lemak cili padi..sebenarnyer haku nih bukan jenis yg kuat pedas..tapi utk kali nih..sengaja haku lebihkan lada..biar berapi..hamik ko ..bila makan..berair mata..menahan pedas!!Resepi nih mudah sungguh..guna resepi yg sama utk masak ikan patin cili padi dulu..cuma kali nih haku tambahkan terung..yg mcm dah nak menopaus dlm peties tuh..kalau nak resepi rujuk sini yerk.

Wednesday, August 18, 2010

SeLamAt BeRBuKa PuAsa

Alhamdullilah..Pujian kepada Allah..dah 8 hari kita berpuasa..Semoga diberikan kesihatan untuk meneruskan ibadat ini..Pada bulan Ramadhan nih..semnjak pulang ke Johor Bharu haku lebih suka memasak sendiri hidangan berbuka..untuk bersahur..mmg mudah..sekadar minum susu/soya dan sebiji kurma sudah memadai..Untuk berbuka..membeli di Bazaar Ramadhan atau berbuka diluar jarang sekali..sekali sekala..bila ketandusan idea memasak..Tapi satu yg haku teruja tentang kedatangan Ramadhan..majlis berbuka puasa dirumah kakak2 dan abg2 ku..Entah bila budaya ini bermula dalam keluarga ku..minggu yg lepas majlis berbuka di kampung..sayunyer hati..kami hanya berbuka adik beradik..riuh rendah seperti topeng..sedang masing2 bergenang air mata.Siapa yg tidak sayu..inilah ramadhan pertama kami adik beradik tanpa mak dan bapak..tapi didalam hati haku tau Arwah sedang melihat..anak2 nyer berkumpul bersama..Untuk Ramadhan kali ini haku bertekad untuk berjimat dan tidak membazir.Alhamdullilah setakat ini misi hampir berjaya..semalam shj..kuih yg dibeli terbuang..sayang sungguh :( untuk N3 nih haku masukkan antara hidangan yg sempat haku amik gambarnyer..kerana kebanyakkan..haku betul2 terlupa!!!

Sarsi Laici

Ayam Goreng Kunyit

Murtabak Kampung Melayu

Majlis Berbuka di kampung
Tgk 2 org sepupu nih..kemain lagi berposing

Ramai kan?? ni baru separuh nih..

Monday, August 2, 2010

BiskUt Raya Edisi 2010

Salam Isnin yang mulia..Alhamdullilah..lagi beberapa hari jerk kita nak menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak..begitu cepat masa berlalu..tahun nih..haku bercadang untuk cuba-cuba melangkah setapak lagi..tahun nih selain nak berniaga kelongsong ketupat nih..trasa nak jual biskut-biskut untuk Hari Raya lah pulak..hehe..saja test market..haku nih laku ke idak..eh silap..biskut raya laku ke idak..ok..silalah menjamu mata ..yang mana berkenan tuh boleh lah masuk order yerk..jangan risau boleh hantar melalui pos kalau mau..:)

Biskut Daisy
RM 28 / bottle
50 Pcs

Biskut Cendawan Marie
RM 28 / bottle
50 PcsChococrunchy Cookies
RM 28 / bottle
50 Pcs


Biskut Almond Salju
RM 28 / bottle
50 Pcs

Biskut Oat Rangup
RM 28 / bottle
50 Pcs

Biskut Suji Brunei
RM 28/bottle
50 Pcs

Biskut Chocolate Candy
RM 28/ bottle
50 pcs

PROMOSI!!!!!
BELI 4 BOTTLE PERCUMA 1 BOTOL