Tuesday, July 31, 2012

BiLa DaPaT yaNG BarU YaNG LaMa DiLuPa JanGaN

Assalamualaikum..

Panas betul cuaca sepanjang Ramadhan nih..kalau berbuka dgn kurma dan minum air  rasa sudah sungguh nikmat ! nak masak yang berat2 rasa malas sungguh..terasa lebih enak makan buah-buahan dan puding2 sejuk serta kuih muih sahaja.

Cuaca panas begini  kena lah jaga kesihatan lebih sikit..waktu sahur dan berbuka kena banyakkan minum air masak..sekurang-kurangnya 4 gelas waktu sahur dan 4 gelas berbuka supaya badan tidak terhidrasi..ahaks

Setelah 11 hari berpuasa tentu ada yang sudah mula membuat persiapan, membuat kuih muih, menjahit langsir  danbaju raya..macam  haku nih  langsir  tahun nih beli sahaja lah ..tak larat nak menjahit..tentang baju raya..guna apa yang ada sahajalah..setiap tahun semenjak  beraya tanpa mak dan bapak..rasa hari raya seperti  terlalu sayu.Memadailah dgn   apa yang ada.Lagipun bila aidilfitri yang budak2 lah lebih gembira..kita yang tua-tua  nih..lebih beserdahana shj ..biasanyalah..

Dalam hal membuat  biskut kuih muih raya..teringat arwah mak akan mula menjemur tepung dan gula..berhari2 dia menjemur..berdulang2..supaya nanti bila membuat kuih..tepung akan jadi ringan..gula pula ringan ditepuk..gituh lah kata arwah..sekarang nih main lebur je terus dr paket..ahaks..dan lagi dulu beraya kuih muih yang ada..sarang semut..bahulu..agar2 kering , kuih ros, tumpi, kerepek, bangkit , putu dan tart nenas.Sekarang  macam2 kuih muih dan biskut yang lebih moden  ..yelah zaman canggih teknologi..resepi2 biskut pun mula berkembang, rasa moden dgn rupa paras lebih kreatif. Haku  sukakan  kuih tart nenas nyonya..tak kira berzaman mcmana pun..InsyaAllah..tetap minat!!!Tapi  untuk kali ini  kerana memenuhi kehendak pelanggan yang mahukan rupa paras kuih yg moden dgn sedikit inspirasi solekan dari majalah Saji 2010..ku hasilkan  Biskut Tart Sanggul Mak Dara..hahah..ngancam nama dia..tapi seriously peminat tegar tat seperti haku ini mmg selalu tergugat iman..bila menyolek rasa seperti satu  nak masuk mulut..ini macam bila nak penuh balang?





Untuk biskut tartnyer tuh..gunalah mana2 resepi biskut tart yg digemari.kalau tart pun beli je biskut ready made kemudian solekkan..Biasanya kalau membuat biskut tart haku serasi menggunakan resepi dari abg Mat Gebu nih..Haku CNP  kat sini buat rujukan dikemudian hari.
  
 Tart  Nenas
Sumber- Abg Mat Gebu

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan tepung gandum
1 camca teh gula aising
1 biji telur
1/4 camca teh garam
Minyak sapi atau mentega secukupnya (anggaran dalam 3 camca besar)
Inti nenas secukupnya, digentel sebesar duit 5 sen

Cara membuatnya :-)

  1. UNTUK PASTRY :- Satukan tepung gandum, gula aising dan garam, gaul rata. Pukul telur bersama beberapa titik pewarna maknanan kuning, dengan garfu kemudian masukkan tepung tadi, gaul dengan hujung jari hingga menjadi teksture seakan2 serbuk roti. Tambah mentega atau minyak sapi sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi doh yang boleh dicanai. Rehatkan 10 minit.
  2. Canai doh antara 2 keping plastik sehingga mendapat tahap ketebalan 0.5 cm. terap dengan acuan tat kegemaran, susun dalam loyang pembakar, buat hingga siap.Letakkan inti nenas
  3. Buat hingga siap dan bakar pada suhu 175C selama 20 - 25 minit atau hingga kuning keemasan, sejukkan atas redai sebelum disimpan dalam bekas kedap udara...

Apabila biskut sudah sejuk .Boleh lah dihias sedemikian rupa dgn menggunakan icing atau pun coklat putih.Ikut kretiviti kita. Untuk haku ..haku gunakan  icing resepi dari kak Naz..

Bahan-bahan Icing :
  • 20 ml putih telur
  • 100 gm gula icing
  • 1 tsp tepung jagung
  • 1/2 tsp asen vanilla
  • Pewarna pilihan
Cara-cara :
  1. Pukul putih telur dan gula icing hingga bertanduk(pekat). 
  2. Masukkan tepung jagung dan asen vanilla. Pukul lagi hingga sebati.

Saturday, July 28, 2012

PuDing SaGo enak sePerti makAn PenGat!!

Assalamualaikum..sudah seminggu  rupanya  kita berpuasa dan hari ini sudah hari ke-8.Begitu  cepat masa berlalu..alhamdullilah sehingga kini Allah masih memberikan kesihatan dan kekuatan  untuk menjalani ibadah puasa Ramadhan.

Apabila tiba bulan Ramadhan ini bukan sahaja dibukakan seluruh pintu syurga dan dilipat gandakan  pahala tetapi allah membuka juga pintu2 rezeki   yang maha luas..apakan tidak..pada bulan begini..bazar Ramadhan tumbuh seperti cendawan..yg menjahit baju dan langsi penuh tempahan..yang mengambil upah menganyam ketupat..yang membekalkan  kelapa ( sbb masa nih lah  pengunaan  kelapa santan oleh suri rumah meningkat) yang membuat biskut2 raya semua  tak menang tangan melayan .Alhamdullilah..Alhamdullilah..Alhamdullilah.

Bermula 3 Ramadhan  yang lalu  saja lah akak  haku nih minta buatkan puding dan agar2 untuk   dihantar ke gerai kawannya  yang berniaga di bazar Ramadhan.Dengan senang hati haku menerima cabaran tersebut..yelah lebih kurang dalam masa 25 hari   nak buat resepi puding yang berbeza-beza.habislah dapur-dapur sifu masak haku bongkar sekadar mencari resepi puding dan agar-agar yang enak  untuk dijadikan panduan.Mula2 banyak  yg ku buat dr resepi2 ulangan seperti Puding Tembikai.. Puding Kasih Bertaut..tapi hari nih  haku nak share satu resepi puding yg  haku tak pernah dengar dan tak pernah rasa..SERIOUS!!..baru tahu ader puding begini! ahaks..memang best..haku buat lebih sikit, selain untuk jualan haku buat untuk beri kepada kakak  ku untuk berbuka dan  satu biji  untuk diri sendiri merasa.Yelah dah hidup sorang makan sebiji begini pun dah rasa sendat!!.

Resepi asal dari Kak Lina PG..Resepi asal nama  puding sagu pelangi..tapi sbb haku tak plak buat belang2 pelangi tuh..jadi namakan sahaja puding sagu..tang itu je yang haku derhaka yang lain (I FoLLOW!) Thank you akak yer..best resepi nih..lemak manis dgn rasa santan dan susu..mcm makan pengat jadinya..apatah lagi dgn rasa sagu tuh..memang kalau pengemar pengat seperti haku nih akan menyukai puding sago.Cuba lah membuat kalau belum pernah.Memang enak..jadi  bahan pencuci berbuka nanti..haku buat setengah adunandari resepi dibawah.




Puding Sago
Resepi Asal : Kak Lina PG

Bahan-bahan :
  • 1 cawan biji sagu
  • 1 liter air
  • 20 gm serbuk agar-agar
  • 1 cawan gula pasir 
  • 3 helai daun pandan 
  • 1 tin susu cair 
  • 200 ml santan pekat 
  • 4 jenis pewarna kegemaran
  • secubit garam


Cara :

1. Rendam biji sagu selama 2 jam. Kemudian rebus hingga biji sagu menjadi jernih(Saya masukkn beberapa titis olive oil ke dlm air rebusan sagu)Tuangkan ke dalam tapisan dan cuci di bawah air mengalir utk membuangkan kanji dan mengelakkan ia melekat-lekat.

2. Bahagikan biji sagu kepada 6 bahagian berasingan dan warnakan 3 bahagian berbeza-beza dengan pewarna kegemaran anda. Lagi 3 bahagian sagu biarkan pada keadaan asal.

3. Masukkan 1 liter air bersama serbuk agar-agar, gula dan daun pandan ke dalam periuk dan masak hingga mendidih.

4. Masukkan susu cair.Kemudian tutup api

5. Cedok 200 ml larutan agar-agar dan masukkan ke dalam 1 bekas sago tanpa warna. Kacau rata dan tuang ke dalam acuan yang telah dibasahkan dengan air. Biar keras seketika dan kelar permukaan agar-agar dengan pisau.

6. Cedok 200 ml larutan agar-agar lagi dan masukkan ke dalam 1 bekas sago dengan pewarna dan kacau rata. Tuang perlahan ke atas lapisan pertama tadi. Biarkan keras seketika sebelum mengelar permukaan agar-agar dengan pisau.

7. Ulangi langkah 5 & 6 beberapa kali sehingga habis semua larutan agar-agar dan biji sago digunakan. Sejukkan di dalam peti ais...
 

Thursday, July 26, 2012

YanG RinGKAs MeNjaDi PiLiHaN

Assalamualaikum ..Salam Ramadhan ..Alhamdullilah  sudah 6 hari rupanya  kita menjalankan ibadah puasa .Tahun nih  hati dipagut  sayu..banyak betul  yang berlaku tahun ini..Alhamdullilah tahun ini  berpuasa di rumah  baru, masih menyewa..memang lah terasa  jauh dari tempat kerja tapi  yang paling terasa bila  kita terpaksa menumpang orang ke tempat kerja..haiz sehari dua  tak berbunyi..makin lama  walau  kadang tak diucap tapi kita sedar kalau kita nih telah menyusahkan..kadang tuh terpaksa  buat tebal muka..haiz memang complicated  kadang2..tapi itu sahaja pilihan yang ada.tapi InsyaAllah kalau diizinkan  Allah  bukan selama  kita  bersusahkan?

Menyambut Ramadhan tahun ini seperti tahun yg sudah..sendiri  bersahur dan berbuka..macam biasa bersahur dgn beberapa biji kurma dan air kosong  sudah memadai..kalau berbuka beli sahaja di bazar ramadhan..tapi sesekali  hendak juga makan  air  tangan sendiri.

Balik ke kampung menyambut Ramadhan kelmarin sempat juga  membawa balik  beberapa potong ikan talang pemberian abang  yang menjadi nelayan sambilan.. kemudian dapat pula ole2 dari kakak ku yang pulang dari Melaka.Buah rambutan, binjai, pisang dan sayur-sayuran..hasil tanaman  sendiri..memang berbaloi kalau berkebun nih.

Jadi Untuk berbuka semalam kebetulan balik awal dari biasa.Haku pun masak yang ringkas ..mcm biasa resepi campak2 jadi pilihan.Ikan  kita goreng garam kunyit sahaja.Untuk terung bulat tuh haku masak  begini. Cukuplah untuk berbuka sendiri.Alhamdullilah.

Sambal Kicap Terung Bulat
Sumber : Ninazsyafinaz

Bahan-Bahan
3 biji terung bulat
5 sdb cili boh
2 ulas bawang kecil
2 ulas bawang putih
1/2 kiub pati ikan bilis
1 sdk cuka
2 sdb kicap manis 
1/2 cwn air

Cara-Cara
1. Panaskan minyak untuk menumis dgn api besar.
2. Tumis bawang merah dan bawang putih, masukkan lada boh dan tumis  hingga lada garing.
3. Masukkan kiub ikan bilis, terung dan kicap.kacau sebentar.
4. Masukkan air dan tutup  kuali  selama 5 minit. 
5. Sedia dihidang.




Makan dengan nasi panas dan ikan goreng talang tadi..wallah!!

Monday, July 2, 2012

HappY 3rd AnniVerSary BLOG!!!



Alhamdullilah..siapa menyangka dah 3 tahun  naz berblogging? hari nih genap usia rumah yang satu nih 3 tahun..Banyak sungguh  kenangan  berblogging..seronok berkenalan  dan berceloteh..terima kasih yang tak terhingga kepada pengunjung-pengunjung blog ini..Minta maaflah kerana blog ini terlalu humble dan tidah se-gah mana.. 

Hanya harapan  ..selepas ini banyak lagi perkongsian yang dapat Naz utarakan disini. 






Biar selepas ini blog  ini berkembang megah dan tegap seperti bunga matahari..terang menyebar  informasi  dan resepi..
 


UPDATE : Untuk Siti Hapsah sila contact Naz ye dengan meninggalkan Nama, Alamat dan No tel di comment  N3 ini kerana telah menjadi follower blog ini yang ke-50 terima kasih!! Ada hadiah  misteri untuk  anda..terima kasih sekali lagi :)


Akhir kata salam sayang dan terima kasih daun keladi!!! :)