Assalamualaikum ..Salam Ramadhan ..Alhamdullilah sudah 6 hari rupanya kita menjalankan ibadah puasa .Tahun nih hati dipagut sayu..banyak betul yang berlaku tahun ini..Alhamdullilah tahun ini berpuasa di rumah baru, masih menyewa..memang lah terasa jauh dari tempat kerja tapi yang paling terasa bila kita terpaksa menumpang orang ke tempat kerja..haiz sehari dua tak berbunyi..makin lama walau kadang tak diucap tapi kita sedar kalau kita nih telah menyusahkan..kadang tuh terpaksa buat tebal muka..haiz memang complicated kadang2..tapi itu sahaja pilihan yang ada.tapi InsyaAllah kalau diizinkan Allah bukan selama kita bersusahkan?
Menyambut Ramadhan tahun ini seperti tahun yg sudah..sendiri bersahur dan berbuka..macam biasa bersahur dgn beberapa biji kurma dan air kosong sudah memadai..kalau berbuka beli sahaja di bazar ramadhan..tapi sesekali hendak juga makan air tangan sendiri.
Balik ke kampung menyambut Ramadhan kelmarin sempat juga membawa balik beberapa potong ikan talang pemberian abang yang menjadi nelayan sambilan.. kemudian dapat pula ole2 dari kakak ku yang pulang dari Melaka.Buah rambutan, binjai, pisang dan sayur-sayuran..hasil tanaman sendiri..memang berbaloi kalau berkebun nih.
Jadi Untuk berbuka semalam kebetulan balik awal dari biasa.Haku pun masak yang ringkas ..mcm biasa resepi campak2 jadi pilihan.Ikan kita goreng garam kunyit sahaja.Untuk terung bulat tuh haku masak begini. Cukuplah untuk berbuka sendiri.Alhamdullilah.
Sambal Kicap Terung Bulat
Sumber : Ninazsyafinaz
Bahan-Bahan
3 biji terung bulat
5 sdb cili boh
2 ulas bawang kecil
2 ulas bawang putih
1/2 kiub pati ikan bilis
1 sdk cuka
2 sdb kicap manis
1/2 cwn air
Cara-Cara
1. Panaskan minyak untuk menumis dgn api besar.
2. Tumis bawang merah dan bawang putih, masukkan lada boh dan tumis hingga lada garing.
3. Masukkan kiub ikan bilis, terung dan kicap.kacau sebentar.
4. Masukkan air dan tutup kuali selama 5 minit.
5. Sedia dihidang.
Makan dengan nasi panas dan ikan goreng talang tadi..wallah!!
No comments:
Post a Comment