Assalamualaikum..sudah seminggu rupanya kita berpuasa dan hari ini sudah hari ke-8.Begitu cepat masa berlalu..alhamdullilah sehingga kini Allah masih memberikan kesihatan dan kekuatan untuk menjalani ibadah puasa Ramadhan.
Apabila tiba bulan Ramadhan ini bukan sahaja dibukakan seluruh pintu syurga dan dilipat gandakan pahala tetapi allah membuka juga pintu2 rezeki yang maha luas..apakan tidak..pada bulan begini..bazar Ramadhan tumbuh seperti cendawan..yg menjahit baju dan langsi penuh tempahan..yang mengambil upah menganyam ketupat..yang membekalkan kelapa ( sbb masa nih lah pengunaan kelapa santan oleh suri rumah meningkat) yang membuat biskut2 raya semua tak menang tangan melayan .Alhamdullilah..Alhamdullilah..Alhamdullilah.
Bermula 3 Ramadhan yang lalu saja lah akak haku nih minta buatkan puding dan agar2 untuk dihantar ke gerai kawannya yang berniaga di bazar Ramadhan.Dengan senang hati haku menerima cabaran tersebut..yelah lebih kurang dalam masa 25 hari nak buat resepi puding yang berbeza-beza.habislah dapur-dapur sifu masak haku bongkar sekadar mencari resepi puding dan agar-agar yang enak untuk dijadikan panduan.Mula2 banyak yg ku buat dr resepi2 ulangan seperti Puding Tembikai.. Puding Kasih Bertaut..tapi hari nih haku nak share satu resepi puding yg haku tak pernah dengar dan tak pernah rasa..SERIOUS!!..baru tahu ader puding begini! ahaks..memang best..haku buat lebih sikit, selain untuk jualan haku buat untuk beri kepada kakak ku untuk berbuka dan satu biji untuk diri sendiri merasa.Yelah dah hidup sorang makan sebiji begini pun dah rasa sendat!!.
Resepi asal dari Kak Lina PG..Resepi asal nama puding sagu pelangi..tapi sbb haku tak plak buat belang2 pelangi tuh..jadi namakan sahaja puding sagu..tang itu je yang haku derhaka yang lain (I FoLLOW!) Thank you akak yer..best resepi nih..lemak manis dgn rasa santan dan susu..mcm makan pengat jadinya..apatah lagi dgn rasa sagu tuh..memang kalau pengemar pengat seperti haku nih akan menyukai puding sago.Cuba lah membuat kalau belum pernah.Memang enak..jadi bahan pencuci berbuka nanti..haku buat setengah adunandari resepi dibawah.
Puding Sago
Resepi Asal : Kak Lina PG
Bahan-bahan :
- 1 cawan biji sagu
- 1 liter air
- 20 gm serbuk agar-agar
- 1 cawan gula pasir
- 3 helai daun pandan
- 1 tin susu cair
- 200 ml santan pekat
- 4 jenis pewarna kegemaran
- secubit garam
Cara :
1. Rendam biji sagu selama 2 jam. Kemudian rebus hingga biji sagu menjadi jernih(Saya masukkn beberapa titis olive oil ke dlm air rebusan sagu)Tuangkan ke dalam tapisan dan cuci di bawah air mengalir utk membuangkan kanji dan mengelakkan ia melekat-lekat.
2. Bahagikan biji sagu kepada 6 bahagian berasingan dan warnakan 3 bahagian berbeza-beza dengan pewarna kegemaran anda. Lagi 3 bahagian sagu biarkan pada keadaan asal.
3. Masukkan 1 liter air bersama serbuk agar-agar, gula dan daun pandan ke dalam periuk dan masak hingga mendidih.
4. Masukkan susu cair.Kemudian tutup api
5. Cedok 200 ml larutan agar-agar dan masukkan ke dalam 1 bekas sago tanpa warna. Kacau rata dan tuang ke dalam acuan yang telah dibasahkan dengan air. Biar keras seketika dan kelar permukaan agar-agar dengan pisau.
6. Cedok 200 ml larutan agar-agar lagi dan masukkan ke dalam 1 bekas sago dengan pewarna dan kacau rata. Tuang perlahan ke atas lapisan pertama tadi. Biarkan keras seketika sebelum mengelar permukaan agar-agar dengan pisau.
7. Ulangi langkah 5 & 6 beberapa kali sehingga habis semua larutan agar-agar dan biji sago digunakan. Sejukkan di dalam peti ais...
1 comment:
Post a Comment