Thursday, August 26, 2010

TaLaPia 3 RaSA BaGaN

Salam Khamis semua!! hari nih kan haku sgt lah pening..pening sebab semalam haku baru tersedar yg masa begitu cepat berlalu..satu hapa pun persiapan raya haku tak mula lagi!! haiyak.. org lain mungkin sudah sampai kebulan..dah berbalang2 membuat biskut raya..dan kain langsir pun sudah berjahit indah..haku nih..satu hapa pun tak buat lagi..haiya..mcm gelabah pun ade..tapi pagi nih...haku tarik nafas dalam2..InsyaAllah dengan izinNya..haku akan dapat melakukan satu persatu :) Excelikan semalam dapur kita bercuti sebb semalam melayan perasaan ke Tesco..mencari lauk pauk untuk minggu nih..sambil tgk2 bahan2 nak membuat biskut raya..jadi semalam hanya berbuka dengan makanan yg dibeli je lah..Ikan 3 rasa bagan nih haku buat waktu berbuka masa hari Rabu..aduhai..minat sungguh haku dengan makanan yg berempah ratus nih..hapa lagi yg pekat rasa rempahnyer..mmg laju je haku makan..plak tuh dengan nasi yg panas2..ishk..mmg mabeles!! Resepi nih haku amik dr dapur Dapur Kak Ana.
Sajalah cuba2 resepi..nama resepi pun sgt lah komersial kan..tak tahulah napa ader nama bagan tuh..agaknyer ikan talapia tuh ditangkap dr sungai bagan? atau tasik bagan?ahaks..ok..Kak Ana..kita CNP resepi kat sini plak yerk..thank you for sharing resepi yg sedap nih..mmg cap Jempol!!

Talapia 3 Rasa Bagan

Bahan bahan :

* 1 ekor ikan Talapia..*resepi asal guna ikan siakap
* 3 ulas bawang merah * kisar
* 4 ulas bawang putih * kisar
* 40 gm cili kering * kisar ( haku guna 3 sudu cili kisar )
* 1 batang serai -diketuk
* 10 biji cili padi - diketuk ( tak letak..sbb haku tak kuat pedas :) )
* 2 cm halia - dihiris halus
* 3 helai daun limau purut..Ana takde jadi letak daun kunyit je ( haku satu daun hapa pun tak letak )
* 3 sudu besar sos cili
* 3 sudu besar sos tiram
* 2 sudu besar air limau nipis
* 1 cawan tepung jagung
* garam & gula
* Minyak utk menggoreng

Cara-cara :

* Lumur ikan dengan tepung jagung. Kemudian goreng ikan tersebut hingga garing.
* Angkat & hidangkan di atas pinggan.

SOS :

* Tumis bahan2 kisar bersama serai & halia hingga naik bau.
* Kemudian masukkan daun limau, cili padi, sos tiram & air limau nipis.
* Campurkan sedikit air ke dalam bahan tersebut. Masukkan garam & gula secukupnya. Kemudian tunggu hingga ia mendidih.
* Akhir sekali, curahkan sos yang sudah masak ke atas ikan yang dah digoreng tadi.

2 comments:

Anna Qawina said...
This comment has been removed by a blog administrator.
ninazsyafinaz said...
This comment has been removed by the author.