Tuesday, September 21, 2010

RiCh ChOC PuDDinG

Assalamualaikum..salam pagi Selasa..hari nih rasa mamai2 sikit..almaklum bila dah bercuti panjang nih..nak start enjin bagi panas pun manyak slow lah! :) Mana kerja ofis yg berlambak..keja dirumah byg tak habis2 mengemas..kalau lah ader bibik sorang..senang agaknyer..ader sesapa yg nak bagi pinjam bibik ker?hehehe..ok Hari nih kan nak tayang pudding chocolate yg sgt best nih..pergh..untuk peminat coklat , pudding nih mmg tersangat best..untuk haku kurang sikit layanz pudding2 nih..makan..tapi takder lah..tahap gaban sangat!!.. Minta maaf lah dlm pic nih tak jelas nak tayang pudding choc nyer..sebb dah kena tutup dengan kuah dan segala bagai "pelakon tambahan" ahaks..nampak tak lapisan coklat kat bawah tuh..tuh lah "pelakon utama" kita..Saja haku bubuh satu2 dlm mangkuk..senang hidang.. tapi boleh jugak korang bubuh dlm pudding mould atau apa2 acuan yg ader macam yg dibuat kat sini dan disini serta disinun..then bila nak makan tuh bubuh dlm mangkuk tuang kuah..settle!!Perjalanan resepi nih jauh tau..memana dapur kalau singgah mesti ader yg dah pernah mencuba..hehe..haku je yg ketinggalan nih. asal tuh dr Dapur kak Jun Resepi nih haku rujuk banyak dapur..Pudding nih nak makan macam tuh jerk pun boleh nak berkuah pun boleh..ikut selera memasing lah..Version haku nih haku amik idea nyer dr kak Noraini dan sapa lagi chef terkenal kita CMG lah!

Rich Choc Pudding

BAHAN-BAHAN PUDDING
4 1/4 cawan air
1/2 cawan serbuk koko, diayak
1 cawan gula pasir
1/2 cawan susu tepung, diayak
1/2 camca teh garam (mat tak letak) ( I follow )
4 camca besar tepung jagung
1/2 camca teh esen vanilla
10 g serbuk jelly (mat guna konnyaku jelly) ( Haku guna serbuk agar2 cap burung)
3 camca besar mentega


BAHAN-BAHAN KUAH :
1 tin buah2 cocktail, asingkan jus dan isinya
1 tin sus sejat "IDEAL"
Sedikit ceri merah ( Haku tak letak )

CARA MEMBUATNYA :
  1. Satukan semua bahan2 untuk pudding kecuali mentega dalam periuk, kacau dengan whisk hingga semua sebati. Jerang atas api sederhana sambil dikacau tanpa henti. Bila bancuhan menjadi pekat, matikan api dan masukkan mentega, kacau rata dan tuang dalam acuan pilihan. Biar beku.
  2. Keluarkan rich cocoa pudding tadi dan isi dalam bekas sesuai. Masukkan juga isi buah2an cocktail tadi, susu sejat dan sedikit jus dari buah2 tadi. Sesuaikan tahap kemanisannya. Sejukkan dalam peti sejuk atau letak air batu.

No comments: