Friday, September 17, 2010

YoGurT FriEd ChiCkeN


Menu ayam yogurt nih lama sungguh haku mengintai..exceli ayam nih haku buat sewaktu majlis berbuka puasa kat rumah haku ari tuh... Jadi kalau rasa nak mengecek tuh..minta maap lah..dah habis dah pun..memang tersangat sedap..sampai tuan brumah hanya dapat merasa serpihan tepung ayam nih sahaja..hehe..kesian anak sedara haku ader yg tak sempat nak merasa..yelah bukan sengaja..rasanyer haku dah beli lebih ayam tak sangka tak cukup..yelah bila ditambah dengan hidangan yg lain tuh..ingat cukup. first family dtg dah tinggal setengah..second family datang..dah paras hidung..padahal ader 4 family lagi on the way..bayangkan betapa gelabah tuan rumah??!!.Haiz.. :))

Resepi nih haku amik dr Kak Nor Terengganu nuh..Kak Nor plak amik bdr Love..thank you so much..memang lah kena buat lagi!! Minta izin salin resepi kat sini ye Kak Nor..buat rujukan dimasa depan :)

YOGURT FRIED CHICKEN by Love
Sumber dr Kak Nor

Bahan-bahan
* Bahan (A)
* 1 ekor ayam ~ dibersihkan dan dipotong. Toskan air berlebihan. Pastikan isi ayam betul2 kering.
* 1 cwn/250ml plain yogurt
* 6 ulas bawang putih ~ ditumbuk halus
* 2 inci halia ~ ditumbuk halus
* 1 sb serbuk paprika
* 1 sb serbuk cayenne- ltk serbuk kari ( i follow )
* garam secukup rasa
* 2 tangkai daun kari
* Bahan (B)
* 1.5 cwn tepung gandum (boleh tambah sedikit tepung beras bersama)
* 1 sk baking powder
* 1 sb serbuk paprika
* 1 sb serbuk cayenne- pon ltk kari ( i follow )
* secubit garam
* -------------------------
* jus lemon (optional)
* minyak untuk menggoreng

Cara-cara
1. Gaul sebati semua Bahan (A) dlm sebuah mangkuk. Biarkan perapan selama 2-3 jam (lagi bagus kalau semalaman).
2. Dlm sebuah mangkuk yang lain, gaul bahan (B). (boleh juga menggunakan ziplock plastic bag)
3. Panaskan minyak dlm kuali. Pastikan minyak betul2 panas...tapi tidak berasap.
4. Salutkan ayam dgn tepung dan gorengkan hingga masak. (jika menggunakan ziplock bag, masukkan bahan (B) dlm bag, diikuti dgn ketulan ayam yang telah diperap. Zip dan goncang).
5. Apabila ayam dah masak, angkat dan toskan minyak berlebihan.
6. Perahkan sedikit jus lemon ke atas ayam yang telah digoreng. Sedia dihidang! ;)
7. * penggunaan paprika dan cayenne boleh dikurang/ditambah ikut citarasa

* jus lemon k.nor letak sekali dlm bahan A ( haku tak letak..terlupa..ahaks :) )

2 comments: