Saturday, September 25, 2010

RoTi TuNa

Salam Sabtu ...salam berhujung minggu..hamboi...weekend nih mesti ramai yang tak memasak almaklum memenuhi undangan rumah terbuka Hari Raya..di JB nih Hari Raya Aidilfitri disambut meriah sepanjang bulan..ader tuh kenkadang terbabas buat rumah terbuka..dah habis Syawal baru teringat turn rumah sendiri plak..yelah hanya hujung minggu masa terluang yg lain sibuk bekerja ye tak? Hehehe...minggu nih haku tak sabar nak join club mak dara kat kawasan perumahan kakak haku tuh berjalan marhaban..nanti haku upload kan pic2 nyer tau..tunggu...ok untuk Roti tuna nih sebenarnyer buat masa majlis berbuka pose kat rumah haku hari tuh..kira kalau nak ngecek2 tuh..tak dapat den nak nolong yer...buat sendiri lah..sonang je ni ha..Asal resepi nih nama dia Roti Sardin .hehehe..oleh kerana sardin takder kat rumah ketika itu maka kutukarkan menjadi roti tuna..memandai je derhaka pada resepi kan...alahai..kenkadang tuh boleh jerk kalau kita nak ejas2 sikit..ikut kesesuaian..ewahh..Kak Nor minta maaf yerk..Minta izin kita CNP resepi tuh kat sini plak..Mekacih.. :)

ROTI SARDIN

10 biji bun burger ( haku guna small sweet bun )
1 tin kecil sardin ~ dilenyek hancur ( haku guna tuna in water )
1 labu bawang besar ~ didadukan
1 bj cili merah ~ dicincang
1 sudu besar jus limau nipis
2 bj telur
minyak


Untuk Inti:
Satukan sardin yg dah dilenyek dgn bawang besar dan cili merah.
Masak utk 1 minit dan masukkan jus limau nipis.
Padamkan api dan kacau hingga sebati.
Ketepikan.

Cara2
Potong dua bun burger.
Toreh bahagian tengah tp jgn sampai tembus ke belakang
Penyekkan sedikit bun supaya membentuk seakan poket.
Masukkan inti sardin ke dalam bun td dan buat la sehinga habis.
Celup dlm telur yg dah dikocok hingga sebati di bahagian yg dimasukkan inti td sahaja.
Goreng dlm pan yg dah dipanaskan dan dimasukkan sedikit minyak.
Bila dah bertukar warna coklat, balikkan biar bahagian bawah bun lak yg digoreng.
Utk bahagian bawah goreng utk seketika jer, kalau tidak hangus nanti.
Gorenglah sehingga selesai, jika minyak dah kering, tambahkan sedikit demi sedikit tiap kali nak menggoreng yg lain. Jgn lupa toskan roti yg dah siap digoreng tu ya..


Kalau nak tgk cara- cara membuat dengan lebih jelas boleh tgk kat sini yerk..

No comments: