Tuesday, March 15, 2011

Alunan Kasih

Alhamdullilah..minggu nih rezeki datang tanpa disangka2..walau penat tapi puas bila hasil kita kerja kita dihargai :) Terima kasih lah kepada yg sudi menempah kek, apam dan tart dr kita minggu lalu..Minggu hari tuh juga kami sekeluarga telah membuat majlis tahlil dan yassin sempena satu tahun pemergian ayahanda kami.Dan entahlah tak tahu kenapa ( must be sign of age ) haku terlupa nak amik pic semua kek, apam blossom dan tart untuk dimasukkan dlm N3 blog dan FB..hahaha..manakan tidak..bekejar2 menyiapkan tempahan..One woman show tau!

Badai kek Alunan Kasih nih sebenarnya dr tahun lepas telah melanda..resepi nya tuh dah lama haku salin..Kek nih begitu memikat..haku kalau tgk warna warni nih mudah tergoda..bahan2 nya mudah jerk..dah banyak blog yg haku singgah masing2 telah mencuba membuat kek nih..feedback nampak ok..why not giving a try kan?Kek nih dan Kek Sugee haku buat utk dijadikan manisan sewaktu kenduri arwah hari tu :)

Kalau nak tgk bentuk sebiji kek nih boleh cuba ke sini, dan kesini, kat sini jugak..dan disitu serta disinun..hahaha.. sebenarnya banyak lagi yg dah cuba buat..kalau nak cuci mata..boleh hunting lagi yerk.Tapi resepi nih haku salin dr blog Kak Nor yg duduk kat Kuala Terengganu tu je ha..hadoi..I really can spend the whole day..selak resepi dr blog nih..semua nak cuba buat!!

Kek Alunan Kasih
Sumber : Kak Nor Secubit Garam

Bahan:

5 Biji Telur
1 ½ cwn Planta atau (250g) - akak ltk 250g butter (I follow )
2 ½ cwn tepung gandum (ayak sekali dgn baking powder)
2 cwn gula halus (boleh kurangkan..sy guna 1 ½ cwn je) (I follow )
1 sudu kecil baking powder
½ cwn susu cair**
1 sudu kecil esen vanilla (bole guna perasa lain juga)
*Sebuk koko (secukupnya)
*Pewarna ( ikut citarasa masing2..)
*sediakan tapis teh yg halus..utk ayak serbuk koko.

Cara2:
Pukul planta/butter dan gula smpai kembang...
Masukan telur satu persatu..pukul lg smpai kembang
Masukan *esen vanilla, susu cair…gaul hingga sebati dan masukan tepung sedikit demi sedikit..
Bahagikan dua bahagian..campurkan pewarna pink dan satu bhgn pwrna hijau…
Griskan loyang dan tabur sikit tepung..masukan adunan pink..ratakan dlm loyang dan
ayak *serbuk koko menutupi lapisan pertama…ayak nipis2 jer..
Then masukan lapisan kedua..warna hijau..ratakan perlahan2.. (jgn smpai serbuk koko di lapisan pertama td terangkat)…ayak serbuk koko di atas lapisan kedua..
Mcm tu lah seterusnya..smpai adunan abis…
Bakar lebih kurang 45min..160 Degree ikut oven masing2… (Haku guna 175 deg )

Tips :

Utk membuat lapisan kaler2 tu biar tebal sbb bila kita melapis & meratkan adunan tersebut
serbuk koko tak akan terikut sama. Tapi bila adunan yg nak kita lapiskan itu agak nipis/sikit
bila nak meratakan lapisan tu, serbuk koko akak tertarik sama - nanti corak tak akan jadi cantik.

** ( kalau nak buat mcm kak nor nih pun boleh..setiap lapis lain2 perisa..mcm haku..bantai takder perisa..perisa vanilla tu jelah..hehehe )

gula K.Nor guna 11/2 cawan jer
susu cair K.Nor letak 1 cawan
adunan kuning + vanila
adunan hijau + paste pandan
adunan merah + paste strawberry.

Tgk alunan dia tuh..cantik kan? sgt menarik

1 comment:

hana said...
This comment has been removed by a blog administrator.