Friday, March 25, 2011

TeA CakE is a CUpCakes??

A cup of Custard Tea Cakes.Its a C.U.P.C.A.K.E!

Salam Jumaat yang mulia..hari nih mood kita kureng sikit..ishk mcm2 hal terjadi ..lepas satu kesatu perkara..semuga dgn hari Jumaat penghulu segala hari..akan memulakan minggu yg lebih baik..lebih tenang dan segala masalah yg berlaku tuh biarlah cepat2 berlalu.Amin.
Dalam hati kacau nih sempat juga haku buat Tea cake nih..fuhh dulu angin apam..reda apam..timbul hangin Tea Cake..mana2 blog singgah pun berlumba semuanyer buat Tea cake..nampak menggitu "menghairahkan".Of coz lah makcik taknak ketinggalan jugak!! Resepi nih kita follow dr blog Cik Mat Gebu yer..resepi asal tuh dr Kak Ida.Banyak yg telah mencuba membuat kek nih..Kak Nor, Hasue, Kak Azlita..ooo ramai lagi lah..ntah2 haku je yg paling last buat..ahaks..takperlah ..Kek nih memang best..I tell u!plak tuh kan..kita nih peberet sikit kalau benda2 berkastard nih..hehehe tu yang org advice adunan kastard buat double..kita buat triple!!hahaha..lepas tuh kan kunun2 nak gak lah buat sebiji kek gitu..paling kecik loyang kita 20cm dia.sekali baru letak adunan tepung tuh utk base dlm loyang ..dlm mangkuk tinggal lebih kurang 1 cawan..nanti kalau dah letak kastard..cukup ke 1 cwn tepung tuh nak cover?ishk tak konfiden!! jadi kita keluarkan semula dan buat kek nih dlm bentuk cupcakes..so mcmana kita nak sebut kek nih "Custard Tea Cupcakes "? boleh lah..yg penting pendapat kita..kek nih senang buat, rasa sedap!! buat jadi cupcakes nih pun bagus gak..senang nak bahagi2...pagi nih bawak pi ofis..bagi kat kwn..semua kata sedap..tapi terlebih manis..next time mmg kena kurangkan gula..kita diet nih..tapi sedar tak sedar kita ngap 4 ketul kek nih...haiz..payah!!

Custard Tea Cakes/Cupcakes
Sumber : Mat Gebu
Asal : Kak Ida

BAHAN KEK :-)
125 gram mentega
1/3 cawan gula halus @ gula kastor
1 biji telur gred A
3/4 cawan teping naik sendiri (self raising flour)
1/2 cawan tepung kastard
1/2 camca teh esen vanilla

BAHAN KASTARD :-)
1 camca besar tepung kastard
1 camca besar gula kastor
2/3 cawan susu segar (mat guna 70% susu sejat IDEAL + 30% air)
15 gram mentega (kurang lebih 1 camca teh)
2 camca teh esen vanilla

CARA MEMBUATNYA :-)

1. UNTUK KASTARD :- Satukan semua bahan untuk kastard kecuali mentega dan esen vanilla. Kacau rata dengan whisk dan masak dengan api perlahan sambil terus dikacau hingga pekat. Padam api, tambah mentega dan esen vanilla, kacau rata dan biar sejuk. Ketepikan.
2. Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin bulat saiz 7 inci (mat guna acuan kaca macam dalam gambar). Ketepikan.
3. UNTUK KEK:-Putar mentega dengan gula halus hingga berkrim, masuk telur dan putar hingga kembang. Tambah esen vanilla. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung naik sediri + tepung kastard sedikit demi sedikit hingga habis. Gaul rata.
4. Masukkan 1/2 adunan ke dalam bekas yang telah disediakan, ratakan dan buat sedikit lubang ditengah2nya. Tuang kastard, ratakan dan tutup dengan baki adunan, ratakan dan bakar selama 30 minit atau hingga masak.
5. Sejukkan sebelum dihidangkan. Jika suka boleh ayak gula aising atas permukaan kek sebagai penyeri...Selamat mencuba!!!

4 comments:

K.Nor said...
This comment has been removed by a blog administrator.
ninazsyafinaz said...
This comment has been removed by the author.
izahdaut said...
This comment has been removed by a blog administrator.
ninazsyafinaz said...
This comment has been removed by the author.