Peace be upon you.
Aduhai musim durian datang lagi..bau durian nih mmg lah tersangat mengancam kan..tapi untuk haku..lebih suka layan durian kampung dari durian D24 dan yang sebangsa dengannyer..dari durian nih lah selain dimakan mentah boleh juga menghasilkan produk2 sekunder.Bubur, tempoyak, lempuk, jem..dan dari produk sekunder menghasilkan menu2 yang lain..masakkan lauk pauk yang dicampur dengan tempoyak..kuih bakar menggunakan lempuk durian..kuih muih dengan jem durian..ishk..pendek kata..mmg best lah raja buah nih..Minat durian nih agaknyer diperturunkan dari arwah mak haku kepada ku..bagilah sebakul durian pun haku boleh duduk menghadap..dan tak rasa panas pun kalau makan banyak durian nih..cuma bila umur bertambah ni kan sendiri mau ingatlah..nak jaga makan yerk..Beli kacang hijau kat Tesco nih mmg dah lama..niat tuh mmg nak buat lah bubur kacang hijau letak durian..fuhh..pulak tuh Kak Nina dah tayang dulu bubur kacangnyer kat FB kan..makin bersemangat lah haku nak buat juga..tapi sebab dah tak boleh nak tunggu durian..haku rebus jerk kacang tuh..takpelah kali nih makan bubur kosong jerk..asal terlepas kepingin nak makan bubur kacang kan..cerita pasal bubur kacang nih..ader juga yg selain durian..depa tambah halia.nih kes nak buang hangin dalam badan lah kan..:)..kalau sesapa nak buat bubur kacang cara haku..mai tgk resepi :- :)
Bahan-Bahan
1 1/2 cawan kacang hijau (bersih, basuh dan toskan)
3 cawan air
2 cawan santan pekat
1 buku gula melaka (masak dengan 1/2 cawan air atas api kecil hingga gula larut, tapis)
2 sdb gula
Secubit garam
Cara-cara:-
1.Rebus kacang dengan air tambah secubit garam sehingga kacang empuk.
2.Setelah kacang kelihatan pecah dan empuk tambah air gula melaka yang telah ditapis bersih.
3.Tambahkan dengan santan, kecilkan api supaya santan tak pecah
4.Masa ni kalau nak tambah durian boleh tambah durian..tapi kurangkan gula sebab durian dah mmg manis.
5.Sesuaikan kepekatan bubur ,kalau nak cair lagi boleh tambah santan cair atau air pun boleh ( stail haku suka berkuah..dah nama pun buburkan )dan kemanisan..tambah lah gula kalau nak lebih manis lagi.
No comments:
Post a Comment