Saturday, May 29, 2010

My Baby GiRL Has GroWn UP!!!

Alhamdullilah..pertama kali bermain dengan E.I..whoooaaa susahnyer nak cari kat mana nak beli E.I nih..after menghabiskan masa berjam-jam mencari akhirnyer jumpa..thank you Diana.
Tempahan nih datang dari Hanum..kawan masa muda belia..zaman kat U dulu..Inilah teman 'Dajal' ku..hahaha..tringat zaman brutal2 dahulu..lama nyer tak berjumpa..haku ingat 8 tahun rupanya dan 10 tahun!! Bagus juga ade FB nih..dapat connect semula dengan long lost fren nih..:) Hanum minta haku buat kan marble kek..choc + oren..dan nak gunakan E.I..Kek nih untuk birthday anaknyer yg kedua pada 27 May yg lalu.


Tgk muka anak ko ni Hanum..sebiji muka ko..hahaha..apapun..terima kasih Hanum for supporting my product.Lebih kurang halal yerk..Haku Jual.. :)

I Love You..I L.O.V.E boTh Of You!!

Inilah dia kek chocolate yang ditempah oleh kakak ipar ku..Kak Ida untuk meraihkan hari Ibu dan Bapa pada weekend nih..Minta maaf lah yg terlebih kurang tuh yerk..Hopefully memuaskan hati.

Tulisan ucapan yg panjang2 nih ditulis atas permintaan anak sedara ku..merangkap cucu kepada yg nak diraihlah kan..Ermm layan kan sahaja.. :)

Thursday, May 27, 2010

Sotong GoREnG TepUNG

Sotong oh sotong..setelah sekian lama menanti sotong akhirnyer....sebenarnyer mmg mencari sotong sejak dr minggu lepas..sebab tergoda dengan sotong rangup kat dapur CMG..lepas tuh kat Dapur Kak Hana Jepang plak..waduh...belum habis air liur mengences..nampak sotong oriental plak kat Dapur Kak Nor Ganu..wallahh..bila nampak stok sotong kat Tesco hari tuh..macam org mengantuk disorong bantal..membeli nak sekilo ader..padahal nak makan sorang je tuh..sebb dalam kepala dah pikir mcm resepi nak masak kan..tapi belum sempat masak..peties ku dah meragam..nak minta beli baru lah tuh..ahaks..so kena cepat2 goreng semua lauk pauk yg haku dah beli..kalau tak jadi santapan tong sampah plak nanti..rugi wooo..
Haha..ini dia menyahut cabaran teman di FB..so Dhia and Radzi..Husband n Wife yg sporting nih...boleh refer kat sini next time kalau cadang-cadang nak buat Sotong goreng tepung yerk..Ekcelikan..haku copy resepi lama sungguh ..so tak tahu dr mana haku copy..tapi yg pastinyer dr tenet lah..tulis pun atas kertas kecik jerk gituh...tapi resepi nih mmg best..sotong jadi begitu enak dengan disaluti tepung yg rangup.ok..ok..Untuk Maria..this one for you too yah..meh sini tgk cecara dan bahan-bahan nak buat.. :)

Bahan-Bahan:
300-500gm sotong putih
1 cup tepung serbaguna
1 biji telur
1 sk baking powder
1 sk lada sulah
*Optional
1 sk serbuk cili..nak pedas tambah lagi
atau
1 sk curry powder

Cara-cara:
1.Bersihkan sotong, potong kecil-kecil..toskan.
2.Campur tepung, garam secukup rasa dan lada sulah.Gaul sebati
3.Kalau nak tambah serbuk cili untuk pedas atau kari..silakan
4.Kacau telur sekadar kuning dan putih sebati.
5.Celup sotong dlm telur..
6.Celup dalam tepung..pastikan keseluruhan sotong diselaputi tepung
7.Goreng dalam minyak panas dengan kaedah deep fry.(Minyak banyak)
8.Goreng dengan api sederhana..sehingga sedikit garing.Jangan goreng terlalu lama..sotong akan menajdi liat.
9.Angkat dan toskan..boleh campur dengan daun kari untuk perisa, cecah dengan sos pencecah pilihan anda.

Cupcakes ChoCoLate

25pcs cuppies nih ditempah oleh rakan seofis ku..untuk birthday anak lelaki nyer yg ke-6 tahun..pada 24 May yg lalu..nak bawak pi sekolah tadika nak share dengan kawan-kawan..hehe..Lega juga sebab diberi sepenuh kepercayaan untuk buat perisa dan deco hapa..so kids mesti suka coklat kan..so cuppies coklat..dengan topping chocolate rice..pilih warna yg terang2 untuk boys kan..

So for Iman ,auntie wish you Happy birthday yah..semoga menjadi anak yg soleh..rajin2 belajar...:)

TempahanTart

Layan pic tempahan tart minggu lepas yer..60 pcs tart telur..

30pcs Tart coklat...

90 pcs tart cheese..

Dan 60 pcs tart blueberry cheese..Terima kasih pada Kak Ita yang tolong pomot yerk..ok pomot lagi..pomot lagi..nanti ader lah diskaun untuk mu yerk..:)

Friday, May 21, 2010

KeK MaRBLe SuSU


HUhu..Layanz pic cecara nak buat kek nih dulu yerk..hari nih Big M melanda..sat haku update kan n3 nih dengan detail..:):) tungggguuuuu...

Thursday, May 20, 2010

Kari IkaN TonGkOL

Hehe..Peace be upon you..hari nih hujan dari pagi asyik buat perut berkeroncong jerk..Jalan2 ke Tesco lepas kerja mencari lauk seminggu nih..niat tuh nak layan mee goreng mamak..so haku pun membeli bahan-bahan yang diperlukan..tiba.tiba bila tengah [ilih udang untuk dijadikan perencah..mata ku tertacap pada ikan tongkol..dlm hotak ku pikir..masak kari letak bendi..sedap nyer..hahaha..macam lalang..sekelip mata capai 2 ekor ikan tongkol yang sedang dan bendi..mee kuning dan bahan-bahan mee beli jugak..balik rumah terus masak nasi dan siang ikan..taraaa..kejap jerk masak..org bujang punya menu nih senang ..tumbuk sikit tumis sikit..rebus sikit..siap..alhamdullilah..kenyang. :)

Tak payak lah letak resepi..senang je kot nak masak kari ikan nih..layan gambar jelah yerk..

Wednesday, May 19, 2010

KeTam Cili BerteLuR

Musim Ketam telah tiba..untuk anak nelayan macam haku nih..untung juga ader abang yang mengikut jejak org tua..mahir dalam selok belok menangkap ikan dan semua ciri2 nelayan..walaupun secara sambilan..alhamdullilah..masyuk jugak rezeki sambilan nih.yelah Benda fresh..siapa tolak kan? harga pun baik juga..tapi walau ku tahu abg ku tuh tak berkira tapi tak bolehlah amik kesempatankan..kena hulur2 jugak..Sengaja aku mintak ketam yg banyak telur.:) Peberet..ok rasa nyer hari tuh ader nampak kat dapur siapa masak ketam camgini..tapi ini versi dan stail haku lah yerk..pada yg nak cuba..yah silakan.semak resepi ..

Bahan-bahan
*20-25 tangkai lada kering( lebihkan kalau suka pedas)
*3 Labu bawang merah
*3 Ulas bawang putih
*1 inci halia
*1 inci kunyit hidup ( guna kunyit serbuk pun boleh)
2 biji telur
1/2 kg ketam( bersihkan dan belah 2 , toskan)
Sedikit air asam jawa
Garam untuk perisa
Gula untuk perisa

Cara- cara
1.Kisar bahan bertanda *
2.Panaskan minyak dalam kuali tumis bahan kisar hingga garing dan naik bau
3.Tambah ketam, gaul dan tambahkan dengan air asam jawa
4.Pecahkan telur dlm mangkuk kacau sedikit dengan garpu dan tuangkan .
5.Masak dengan api yg sedikit kuat.Perisakan masakan dengan garam dan gula.
6.Bila ketam sudah masah( nampak kulit bertukar merah..dan isi menjadi putih) angkat dan hidang.Hias ikut suka.Sedia untuk dimakan. :)

Tuesday, May 18, 2010

JELAJAH BLOG versi 4.0 BEN ASHAARI


1 ) Header BEN ASHAARI BLOG ( done)

2) Berikan nama samaran anda dan nama blog anda ... Ceritakan latar belakang blog anda .. Lagi panjang lagi bagusssss ...
-Nama samaran-ninazsyafinaz/ninaz/naz/miss
-nama blog-ninazsyafinaz
-Latar belakang blog
Blog nih haku tubuhkan pada tahun 2008.Blog nih boleh dikatakan blog rojak lah..Sebab selain haku masukkan resepi2 ader jugak cerita-ceriti tentang family dan aktiviti harian ku..Selain tuh..blog ini juga menjadi rujukan haku menyimpan link sifu-sifu yang teror masak..jadi tak lah penuh sgt bookmark haku..:)


3) Dari mana anda tau mengenai Segmen ini

Kemudian pastekan link anda di sini ... tu jeeee.. mudah bukan ??? hehehe ... sapa cepat dia duluuuu

(Done ! )

DaginG BlackPeppeRs

Ni kira nak masak..masakan sihat nih..daging blackpeppers nih haku masak dengan mencampurkan peria katak dan tomato cherry..so bila makan tuh..ader rasa manis daging, pedas blackpepper, pahit peria dan masam tomato..makan dengan nasi putih..mmg best..tapi ader juga jeni org yg tak suka campur banyak2 bahan dalam masakn boleh lah omit mana2 bahan yang tak dikehendaki ok..Jadi tak lah kesian nanti bahan2 tersebut dibuang ditepi pinggan. :)Mari semak resepi ..simple je nak buat nih..

Bahan- bahan:
250 gm daging
2 biji peria katak
7-8 biji tomato cherry (guna tomato biasa pun boleh )
3 sudu sos blackpepper
*1 labu bawang besar
*3 ulas bawang putih
*1 inch halia
1 1/2 cup air
Garam untuk perisa.
* Di tumbuk sedikat ..setakat pecah..tak perlu tumbuk halus

Cara-cara:
1. Bersihkan daging dan hiris tipis.
2.Tumis bahan * dengan sedikit minyak sehingga terbit bau.
3.Masukkan daging, sos blackpepper dan air.
4.Kecilkan api dan biar sehingga daging sedikit empuk
5.Masukkan peria katak yang telas dipotong kecil dan tomato
6.Perisakan rasa dengan garam dan hidang.

Monday, May 17, 2010

Pop Cakes

Salam Isnin..hehe..inilah untung nyer kalau rajin blog walking..macam2 idea yang boleh kita dapat..Sebenarnyer tak bercadang pun nak buat projek pop cakes nih..tapi kebetulan kan peristiwa 2 kali mengadun kek yg tak jadi..kek tuh sebenarnyer ok..cuma tidak menepati piawaian haku jerk!!!Jadi dengan idea original resepi pop cakes dr dari dapur kek lapis skuad kedah nampak plak kat dapur Alamsari maka terhasil lah resepi pop cakes version haku yer.Meh sini semak bahan-bahan dan cecara tuh boleh lah rujuk kat pic diatas..

Bahan- Bahan A
500 gm lebihan kek ( haku guna lebihan kek coklat)
1/2 cup kulit limau (version jeruk yg mmg untuk buat kuih) (nak omit dengan choc chip pun boleh)
1 cup ground peanut ( yg telah disangai dan dikisar halu)( nak tukar dengan jenis kekacang lain pun boleh i.e hazelnut/badam)
1 sdb sunquick
1/2 cup whipping cream
beberapa batang stick eskim /loli stick/lidi sate

Bahan -Bahan B
125 gm choc masak
2 sdb susu segar
1 sdb butter
*haku tambah 3 sdb susu pekat manis.

Cara-cara
1. Hancurkan lebihan kek mengunakan pengisar kering ( haku guna tangan je)
2. Campurkan dengan kulit limau dan kacang
3. Letak sunquick
4. Masukkan whipping cream
5. Gaul semua dengan tangan hingga sebati
6.Bentukkan doh mengikut shape yg disukai.cucuk dengan stick dan simpan dlm peti sejuk sehingga 1 jam
7. Campurkan semua bahan B dan masak menggunakan kaedah double boiler.Celup doh dalam coklat.
8.Susun paper cup dalam muffin tin dan isi kan doh kedalam acuan
9.Simpan semula dalam peties 15-20 min untuk coklat membeku..hias ikut suka dan hidangkan.

Selain itu ini aderlah rujukan untuk diriku sendir next time kalau trasa nak buat pop cakes lagi boleh guna version dr bakerella. menarik!!

Saturday, May 15, 2010

SeLaMat MaLaM

N3 hari nih bukan cerita pasal makan2 yerk.tapi cerita pasal 2lagu yang sedang haku gila mendengar..kalau mendengar dlm kereta mmg jadi mini konsert lah..kalau dengar dr HP mmg akan ku ulang berulang kali..huhu..itulah dia penangan kalau sedang minat nak dengarkan..Excelikan haku bukan lah fan penyanyi ni sangat..bosan jugak lah dengan gelagat dia..tapi lagu dia yang satu nih mmg telah memikat jiwa ku..Sebab kurasakan bila dia nyanyi tuh..It not him..Someone else..hahaha.Jom layan heh..lirik ader disertakan..meh kita koroke..sat.

Selamat Malam- Faisal Tahir

Biarkan berlalu
Semua kepedihanmu
Lelapkan matamu
Biarkan mimpi membawamu
Ke mana kau mahu
Selamat malam
Tidurlah sayangku
Siang kan tiba bercahaya
Bermula baru semua untukmu

Biarkan berlabuh tirai kisah semalam
Yang indah itu ada padamu
Dengan setiap impian dan harapan
Selamat malam
Tidurlah sayangku
Siangkan tiba bercahaya
Bermula baru semua untukmu

Kan ku menjadi arjuna dalam mimpi-mimpimu
Kan ku panah tepat ke jiwamu atas nama cintaku
Pari-pari ku utus bawa kau ke sini lagi
Terhapus semua air mata dengan senyuman

Selamat malam sayang
Selamat malam kasih
Selamat malam sayang
Woooo...

Selamat malam sayang
Selamat malam kasih
Selamat malam sayang
Woooo...
Tidurlah sayangku
Siangkan tiba bercahaya
Bermula baru semua untukmu

Selamat malam
Tidurlah sayangku




Lagu no 2 ni plak minat sebab minat tgk drama bersiri yang main kat TV3..baru je habis episod nye Khamis lepas..huhhu..jom layanz yang ni plak...

Yang Terindah- Dakmie

Semenjak kau hadir dalam hidupku
Tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu hatiku
Tanpa sedar hingga ku izinkan

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah

Maaf jikaku tidak sempurna
Tika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasa
Kasih disalut dengan kejujuran

Mencintai dirimu
Merindui dirimu
Memiliki dirimu
Hingga akhir hayat bersama kamu

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah

Kau yang bernama cinta
Hingga aku rasa indah


Friday, May 14, 2010

Allah selamatkan kan Kamu....



Today is my man birthday..happy birthday to you my dear.May you always be bless by Allah with good health, prosperous life, happiness and success will be always in your path. :)

Huhu...sebenarnyer nak buat kek untuk yg tersayang..tapi ntah dimana silap..2 kali haku mengadun..tapi hasil nyer..kek ku tak jadi langsung!!! kali pertama tuh aku terpikir mungkin aku berkhayal semasa mengadun sehingga tertinggal mana2 bahan..tetapi..rasanyer tidak..yelah bukan kali
pertama membuat kek pun kan..ahaks..kali kedua..kemain tekun lagi haku buat ..very the concentrate..tetapi..jeng2..perkara yg sama terjadi..kek ku tak menjadi..susah nak describe macmana kek itu..tapi mmg tak jadi lah..so postpone lah kek for you yer my dear.Tapi sebb mood birthday tu kan cover line lah..nak makan kek jugak tak kira!!Belanja lah yang tersayang bekfes kat McD.and end up order Hotcakes akapancakes.Cake lah jugak kan..tapi haku yg makan kek tuh..si dia makan sausage muffin jerk..ahaks!!!

Thursday, May 13, 2010

To all of you with love.

Salam Khamis...few days tak dapat hapdet blog..kerana sedang berfoya-foya (hehe..yang itu PNC lah yerk) Actually Ahad yang lepas kami sekeluarga membuat kenduri arwah mak yang ke 4 tahun.Walau sudah sekian lama berlalu tetapi kenangan dan perasaam itu seperti baru sahaja arwah pergi meninggalkan kami adik bradik.kebetulan hari tersebut kan Hari IBu..tapi haku buat kek nih bukan lah untuk Kakak-kakak ku semua yang telah menjadi ibu tapi untuk meraihkan beberapa ahli keluarga ku yang menyambut harijadi pada bulan April dan bulan May.Kiranye happy belated lah yerk.Masa buat kek nih didalam fikiran haku membayangkan warna2 yang cerah dan meriah..hiasan yang penuh coklat dan candy.Sambil mendeco haku tersenyum sendiri..Mesti anak2 buat ku akan berebut jelly bean nih semua..
:)).
Ini lah dia hasilnyer..dengan masa hanya 2 jam yang haku ader untuk mendeco , walau terlalu banyak kekurangan nyer tetapi haku masih puas.Inilah hasil kerastangan kusendiri.Ahaks!! Untuk Kak ngah ku, anak-anak sedara ku..Aboy, Dedek, dan Alif..Happy Birthday to you guys!!Boleh nampak kan..comottt :)

Saturday, May 8, 2010

Selamat Hari Ibu!!


Salam pagi Sabtu!! :)Esok 9 May 2010 semua akan meraikan Hari Ibu.Berbahagia yang masih mempunyai ibu.Masih dapat merai, bekumpul bersama.macam haku nih dah tak dapat lagi nak buat semua tuh.Hanya doa yang dapat kukirimkan.:( .Apalah hadiah yang sesuai untuk Ibu?Macam-macam kalau nak bagi yang penting ikhlas.Ader yang cadang 1 day rest kat spa.For mothers to pampers themself.Get massage , mani/pedi, sure esok penuh lah spa2 dan tentulah macam2 pakej yg boleh dipilih.Itu semua terpulang lah..ader juga yang bercadang nak beri ibu tudung Siti Nurhaliza?Hahaha..terpulang ..atau ader yang kata beri diamond ..Yelahkan diamond is woman best frenkan atau ader juga yg memberi sejambak bunga, potong kek atau sekadar belanja makan2..tak kisah lah yang memana..Tapi aku percaya semua Ibu diluar sana..mesti mempunyai pendapat dan perasaan yang hampir serupa.Bukanpemberian hadiah yang mahal dipinta.Cukup jika Ibu dapat berkumpul dengan suami dan anak2..bermesra dengan cucu.Perasaan dihargai ,diingati itu..lebih bermakna dari segunung intan berlian pun!Betul tak?Walaupun haku nih belum berkahwin dan mempunyai anak2 tapi status ibu saudara sudah kupegang hampir 23 tahun.walau hanya ibu saudara..tapi haku telah memahami sedikit sebanyak perasaan seorang ibu.Untuk CMG miss hamik munga ros yerk..nak beri kepada ibu-ibu yang miss kenal dalam family miss.Untuk Cik Zizah dan Mak Li,Mak angkat ku di Kota Tinggi, Untuk Kak Long, Kak Ngah, Kak Uda, Cik A, Kak Ida, Kak Ita, Cik As, Kak Ani Selamat Hari IBU!!


* Tringat arwah mak suka tanam bunga ros dan bunga kertas..

Cheese..Cheese...!!!


Ade yang dah terliur tak?Haku suka betul dengan cistat yang comel2 nih..sekali makan je kan..Kalau ke kedai kek King tuh..mmg tak miss lah nak membeli cistat.Tak cukup satu beb..tapi satu pun dah berapa..mmg tak cukup dan puas makan pun.So bila dan pandai buat nih..ahaks..mmg puas lah makan kan.lantak lah nak makan berapa biji pun tapi sendiri mau ingat lah..kalau dah makan cheese nih..eat at ur own risk yerk..terlebih makan kalau jarum timbang tuh laju jerk ber pusing ke kanan..hahaha tanggung!!!!
Ini lah padahnyer kalau nak berperang tapi senjata tak cukup..maksudnyer nak buat tart tapi acu takder..camner nak buat shell nyerkan?Terima kasih and credit pada kak Am .
My saviour!Lepas nih nak layan tart buah, tart telur..tart coklat..sovoiry..huh...bila lah tu yerk..tunggu!!!

Happy Birthday To YOu!!!


Terima kasih lah pada Bella yang selalu memberi sokongan .Tak putus-putus tempahan drnya yg ku terima.Alhamdullilah.Walau yelah..haku nih bukan lah pro sgt dalam bidang bakery nih..amateur pun idak..beginner lagi..Tengok saja hasil nya..masih comot..masih jauh jika nak dibandingkan dengan hasil dr sifu-sifu yg sudah lama bertapak..Tapi masih diberikan kepercayaan dan kerana berpegang kepada kepercayaan itu maka menjadi tanggungjawab ku mencuba menghasilkan yang terbaik.Pada Bella haku berharap menerima kekurangan ku seada nyer yerk..Jangan serik..order lah lagi..Ahaks!! untuk kali ini lagi2 Bella request cheesecake.Satu untuk bithday dan satu lagi untuk dibut makan-makan.Siapa kah itu Mira??Hapa pun aku mengucapkan Happy Birthday Mira!! Semoga panjang umur ,diberikan kebahagian dunia dan akhirat, kesihatan yang baik dan berjaya dalam pelajaran yerk.


This time haku ubah corak jadi spider web plak..tapi spiderman nyer hilang entah kemana....

Friday, May 7, 2010

Roti JOhn

Bangun pagi...gosok gigi..cuci muka pakai baju..lalalala..minum kopi..sambil makan roti John...Fuhh tak tahu kenapa semangat betul di pagi Jumaat ini..bangun pagi mmg lah bagus kan early birds get extra credit.Dok perhati dr tepi tingkap dapur Kak Hana Jepun nun..aduhai kemudia di dapur Love kalau tak silap..roti JoHn telah mengoda ku.Tapi kalau tengok version roti ku ini..dah bukan macam roti John sikit..serupa roti Johnet dah..guna roti potong biasa jerk..ahaks..tak kisah lah asal rasa..memang rasa roti John.enak!!!Lagi satu haku tak letak sos dah mayonis..kira roti John 'O' lah nih.Pada yang nak semak resepi boleh click sini.As for my reference.Kak Hana minta izin kopipes yerk.Thank you.

Bahan-bahan

  • 150g daging cincang
  • 1/2 biji bawang besar - potong dadu kecil
  • 1 sudu kecil serbuk kari
  • Carrot@kentang - (optional) - potong dadu kecil
  • garam
  • 2 biji telur
  • daun sup - cincang halus
  • minyak@butter
  • Roti Hotdog (roti putih boleh juga)
  • Sos Cili@Tomato dan mayonis
Cara-cara
  • Tumis bawang besar hingga naik bau. Masukkan daging dan carrot@kentang. Masukkan skali kari yang dibancuh dengan sedikit air. Perasakan dengan garam. Masak hingga agak kering.
  • Mangkuk lain, kocok2kan telur, masukkan daging tadi dan juga daun sup. Kacau.
  • Panaskan butter@minyak sedikit ke dalam kuali. Tuang telur dan daging tadi. Belah roti tak putus dan letak di atas telur. Jika menggunakan kuali besar leh wat banyak sekaligus. Tak perlu balik2kan. Bila telur dah masak, angkat terus roti dari kuali.
  • Paipkan sos dan juga mayonis. Bleh juga jika ingin buh salad atau sebagainya. Kemudian katup smula roti tuh. Potong dan siap dihidang.

Thursday, May 6, 2010

Omellette and Bread


Normally kan org makan omellete untuk breakfast..tapi untuk haku nih inilah dia makan malam ku.Heehee..best nyer menu diet ku ini yerk.:)Sesekali mengubah selera tekak...Omellette makan dengan toast bread ( geseng sikit..sengaja )..hiris-hiris kentang ala2 chip.wallah!!Omellettet version haku nih mmg suka ku lebih kan bawang.tambah dengan tomato cherry.Alhamdullilah.Lepas juga mengalas perut.:)
Tak payah lah nak letak resepinyer yerk..Layanzzz gambar ajelah. :)

Wednesday, May 5, 2010

KaCanG PaNJang Goreng BELaChan

Bila mood nak memasak tuh datang..hehe..mmg lah ader sikit rajin.Masa-masa tiada tempahan nih..boring lah plak..mata pun terang benderang je mamaku cerita2 dalam TV..Sekarang nih nak kata musim panas tak juga..sejuk tuh mengigit hingga ke tulang.Jadi selera tuh nak makan yg ringkas2 jelah.Rezeki asal dapat mengalas perut yg sedang lapar sudah cukup Alhamdullilah.:). Menu org bujang nih kan mmglah mudah..Setakat telur kicap..rasanyer semua tau..tak payah nak tayang2 resepi lah yerk..:)untuk tambahan menu malam tadi goreng kacang belacan.Lama betul tak masak macamni..nak goreng kosong jerk macam tak best..Jadi tambahkan tahu dalam gorengan tuh.Huhu..licin sepinggan makcik makan..Camner nak diet makan nasi malam2 nih.ahaks

Kacang Panjang Goreng Belacan

Bahan-Bahan
1 ikat kacang panjang ( haku guna dalam 8 btg jerk )
2 kpg tahu dibelah kecil (digoreng dahulu dan asingkan)
*2 labu bawang kecil
*3 ulas bawang putih
*10-15 ekor ikan bilis
*1 inch belacan
2 sb lada kisar
Garam secukup rasa
1/2 cwn air.

Cara-cara
1.Tumbuk bahan-bahan bertanda * hingga sedikit lumat.
2.Panaskan kuali tumis bahan tumbuk dan lada kisar sehingga garing dan naik bau.
3.Tambahkan kacang panjang dan tahu..gaul.
4.Tuang air untuk sedikit kuah dan mengempukkan kacang.Letak lebih air kalau yg suka kuah lebih.
5.Sesuaikan rasa dengan garam.
6.Bila kacang nampak sdikit empuk..angkat dan hidangkan dengan nasi putih.

Fakta :-Protein mudah larut dalam air yang panas.jadi bila mengoreng sayuran terutama jenis kekacang.goreng dengan api yg kuat dan tidak perlu mengoreng hingga terlalu layu.Supaya tak makan hampas yerk..sebab semua sumber protein pada kacang semua dah habis teruap. :)

Tuesday, May 4, 2010

Al - FatiHah

Hari ini pada 04 May 2006 pukul 3.55 pagi ibunda ku yang tercinta telah kembali ke rahmatullah dipangkuan ayahanda ku yang tersayang.Walau telah empat tahun berlalu tetapi kehilangannya seperti baru semalam.Rindu dihati ini hendak melihat wajah.mendengar suara.Dulu ader lah masa beli MP3 abang ku ter "record" suara arwah..tapi bila haku pindahkan file tuh kat komputer dan komputer tuh terformat..hilang semua file2 tersebut.Betul2 terkilan.tiada lagi dapat kudengar suara..hanya gambar-gambar yang tinggal sebagai kenangan.Sebenarnya dihati rasa terkilan itu terlalu banyak.Belum puas haku berbakti dan membalas jasa ibuku.Tapi Allah lebih menyayangi.Dan haku redha .:(.hanya doa dapat ku kirimkan.semoga sampai kepada arwah.Dan semoga roh ibuku dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

Monday, May 3, 2010

HappY LaboUR DaY!!


Hehe..Salam Isnin..Maybe it quite late to wish..Happy Labour Da!! :))Surely banyak aktiviti bersama keluarga on last weekend.Jalan-jalan semua nyer sesak..Yelah masa nih je lah kan masa yang sesuai spend masa dengan family.As for me..duduk melayan perasaan sendiri jelah..Mcm kambing tuh..Just chillin..:)