
Bahan- bahan:
250 gm daging
2 biji peria katak
7-8 biji tomato cherry (guna tomato biasa pun boleh )
3 sudu sos blackpepper
*1 labu bawang besar
*3 ulas bawang putih
*1 inch halia
1 1/2 cup air
Garam untuk perisa.
* Di tumbuk sedikat ..setakat pecah..tak perlu tumbuk halus
Cara-cara:
1. Bersihkan daging dan hiris tipis.
2.Tumis bahan * dengan sedikit minyak sehingga terbit bau.
3.Masukkan daging, sos blackpepper dan air.
4.Kecilkan api dan biar sehingga daging sedikit empuk
5.Masukkan peria katak yang telas dipotong kecil dan tomato
6.Perisakan rasa dengan garam dan hidang.
No comments:
Post a Comment