Wednesday, August 10, 2011

NaSi LemAk BuAh BiDAra KeRaNa KasIh KuTurUtKan..



Sudah hari kesepuluh kita berpuasa..tentu ramai yang dah mula membeli keperluan untuk hari raya..tak kurang juga yang dah mula menyinsing lengan untuk menyediakan biskut raya tahun ini. Tak salah kalau bermula awal..senang nanti bila tiba 10 Ramadhan terakhir takderlah orang sibuk ke masjid dan meningkat kan amal..kita plak yg tak habis2 bergelumang dgn tepung dan majerin..ahaks..yang penting biarlah persiapan itu mengikut kemampuan diri.tahun nih..haku recycle je mana yang patut..niarlah org lain beriya2...tapi tahun nih rasa hati tetap terkilan..tapi biar perasaan terkilan tuh kusimpan dalam2.jadi tahun ini sekadar meraihkan Aidilfitri InsyaAllah..tetapu untuk berlebih2..haiz..hati ku tidak sampai!

Ok2 enug of the rambling..nih menu berbuka semalam..yang tersayang tuh petang2 hantar msg nak makan nasi lemak..melayanz org berpuasa ni kan..tu yang balik kerja terus memulakan operasi..bukan susah sgt untuk membuat nasi lemak ni..tapi awas..jgn di masak selalu..nanti badan pun berlemak2 jugak!..:) Bila buat nasi lemak nih..kita boleh lah tambah pelakon2 tambahannyer kan..tapi version haku mcm biasalah..version org bujang..yg simple2..


Bila kata buat nasi lemak..pelakon utama mestilah nasi nyer kan..Ok Ni nasi lemak style haku tau..( Rindu makan nasi lemak arwah mak..takder lauk makan nasinyer pun dah memadai)

Nasi Lemak (My Style )

2 cwn beras basmathi 1 inci halia hidup 1 labu bawang merah 1 sdk halba 2 helai daun pandan Secubit garam 3 cwn santan Cara Membuat 1. Bersih dan basuh beras, kemudian masukkan halia yg dititik, bawang dihiris , halba, daun pandan yg disimpul dan garam. 2.Kemudian masukkan santan dan sesuaikan paras air 3.Tanak , apabila nasi sudah mahu kering, kacau nasi sedikit dan biarkan nasi masak.


Bila ader pelakon utama mesti ader heroin kan..sambal nasi lemak nih haku copy paste dr blog kak Dayang jack nun jauh disana..whoaaa..hati ku tergoda dgn kek lumut..Hijau nyer menawan hati..nanti lah..dan salin resepi pun..ahaks..sambal nih memang sedap..haku jarang buat sambal yg menggunakan belacan..tahap pedas tuh terpulang lah masing2 yer..tapi mcm haku nih..tak layan pedas sgt...jd yang sedang2 saja.Kak Dayang..saya tumpang salin resepi yang best tu kat sini yer..thank you..
Sambal Nasi Lemak
Sumber: Kak Dayang Jack

Bahan-bahan : (4-6 orang makan)
  • 3 biji bawang merah (kisar)
  • 1/2 labu bawang besar (kisar)
  • belacan bakar secukupnya(kisar)
  • segenggam ikan bilis (dibersihkan)
  • 3 senduk cili kering kisar (-/+)
  • sedikit air asam jawa
  • garam dan gula melaka secukupnya
  • 1/2 labu bawang besar (dihiris)
Cara-cara :
  1. Panaskan minyak secukupnya di dlm kuali. Tumis bahan-bahan kisar diikuti cili kisar hingga pecah minyak.
  2. Masukkan ikan bilis, garam dan gula melaka. Kacau lagi.
  3. Kemudian masukkan air asam jawa dan bawang besar. Apabila bawang sudah layu, bolehlah dipadamkan api. Angkat dan hidangkan.

Antara pelakon tambahan...

Yang Nie Special Appearance --tak jadi nak buat sirap soda..layanz asam boi..Alhamdullilah.

P/S:- Punyerlah semangat nak buat kuih Tako..sekali balik umah tepung Hoen Kwee kaler hijau..tepung beras pun ileks..grrrr..

1 comment:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.