Saturday, August 11, 2012

BisKut CosMo~ GaRinG RaNGGup!!!

Assalamualaikum..

Ok hari nih tak mau cerita banyak2..Just Nak masukkan n3 biskut2 raya tahun ini..Kepada yang sudi mencuba silakan selamat berhujung minggu!!


Biskut Cosmo
Sumber majalah RASA Julai 2012

Bahan-Bahan
125gm mentega
100gm gula perang
50gm gula kastor
160gm tepung gandum
100gm badam cincang
50gm oat
1/2 sudu teh serbuk penaik
1/4 sudu teh serbuk soda
1 biji telur
1/2 sdt esen vanilla

Ceri untuk hiasan
Oat secukupnya untuk salutan

Cara-Cara
1. Pukul mentega dan gula perang hingga kembang
2. Masukkan telur dan vanilla pukul sebati
3. Masukkan tepung bersama serbuk penaik, soda, badam cincang dan oat dan uli hingga menjadi doh.
4. Bentukkan doh menjadi doh ( haku sukat dgn menggunakan 1/2sdb setiap satunya) dan salut dgn oat hingga rata
5. Susun diatas loyang bakar dan hias dgn cer
6. Bakar dgn suhu 180c selama 25min atau ikut oven masing2

Biskut nih  akan  sedikit mengembang..oleh itu jarakkan  kedudukan doh bila hendak membakar..kalau  sukakan bentuk yang lebih kecil boleh sahaja membentuk  dgn 1sdt  setiap satunya.

Sangat ranggup dan garing!! suka2 :)

Thursday, August 9, 2012

WaDai KiPEnG-NaMa PeLiK RAsa SedaPPppp!!

Assalamualaikum...

Belek2  jadual hari nih baru terperasan...hari nih giliran my sister  jadi  hos buka puasa!! wah wah..tak sabar nak balik kampung petang nanti..sure my sis ader je yg special   dalam masakan nya..sebenarnya..bukan hidangan apa yg menjadi ukuran..tetapi berbuka puasa bersama keluarga dan anak-anak sedara..riuh rendah sewaktu makan..itu yg membuatkan  hidangan bertambah sedap dan jadi berselera.

Giliran rumah haku dah lepas ahad hari tuh..buat ala kadar sahaja..tapi puas hati bila makanan semua habis licin..iailah takder nak membazir..tahun ini  giliran  rumah ku cepat sedikit dari kebiasaan tahun yang sudah2..biasanya  sebagai ole2 haku akan memberikan kakak2 dan abang2 ku  mini hamper beserta  kuih raya dan anak2 sedara pula menerima pre-duit raya!  Tapi tahun nih haku tukarkan kepada  cabutan bertuah jerk..cabutan  yang menentukan jumlah duih raya yang bakal diterima dan jenis  kuih raya mengikut pilihan.riuh rendah rumah ku dgn  gelagat  keluarga.. hehehe..

Apabila bulan Ramadhan..selera ku lebih terarah kepada pengat2 dan bubur serta air asam boi..kalau kuih muih memang ku cari tepung gomak dan kuih melaka berulang-ulang.entah kenapa terasa kalau bualan puasa makanan ini jadi  terlebih enak!!

Menu pengat  yang haku nak tunjukkan ini   haku ambil resepinya dari majalah Aroma Julai 2012.Selain dari nama nya yang sedikit pelik, bentuk warna dan pengunaan gula perang  menarik perhatian.Ialah selalu kan kalau pengat kita gunakan gula merah. Resepi ini telah ku olah mengikut keperluan dan citerasa ku ye..oleh kerana  haku membuat  untuk hidangan ramai orang makan  adunan pengat ini  telah  kubuat sebanyak 4 adunan! mari semak resepi versi derhaka..ahaks.Sekali tgk macam  butir nangka..macam candil pun ader juga..rupanya dari maklumat yang baru diterima wadai kipeng nih  pengat org banjar..ader juga yang diletakkan inti didalam nya..inti apalah tuh  yerk..sbb dlm majalah nih takder plak dia letak inti..hahaha..boleh cuba lagi nanti.


Wadai Kipeng
Sumber : Majalah Aroma Jul 2012

Bahan- bahan
4 cawan tepung pulut
pewarna
air secukupnya ( haku ganti dgn santan cair)
1 sdk garam

4 cawan santan pekat
2 cawan air
2 cawan gula perang
1 cawan gula putih
1 cawan sagu biji yang direndam
daun pandan

Cara-cara
1. Campurkan tepung pulut dgn santan cair , garam dan titiskan pewarna.Uli dan bentuhkan doh menjadi bulat..kemudian leperkan sedikit dan tekan bahagian tengah nya ( haku tak buat..haku bentuk bulatkan sahaja)
2. Panaskan air , santan dan gula dan masukkan adunan tepung  pulut yang diuli tadi.
3. Masukkan sagu dan pandan.
4. Biarkan mendidih atau sehingga  tepung pulut  telah timbul.
5. Sedia dihidang.


Selamat mencuba!!

PuDinG LaPiS KaCa BErLaiCi


Assalamualaikum..dah masuk  hari kesepuluh  terakhr Ramadhan..cepat nya masa berlalu...bagaimana kah persiapan kita menghadapi malam2 terakhir ini? apakah akan berjumpa dgn Ramadhan tahun hadapan? haiz sayu nyer hati..haku tau  terlalu sedikit yg dapat haku lakukan pada Ramadhan kali ini  tetapi haku tetap berdoa semoga Allah menerima amal ibadat ku ..walau  sebenarnya terlalu malu kerana terlalu sedikit..tetapi haku percaya Allah maha  penyayang dan pengasih  jangan Dia melupakan haku dan meninggalkan haku serta berpaling dari  melihat  amal ku terhadap nya .

hati nih sedih dan sayu jerk  bila mendengar kan lagu-lagu raya yang mula berkumandang di radio..sedih nya kerana   berbahagia mereka yang beraya bersama ibu bapa. Hanya kiriman doa-doa untuk arwah ayahanda dan bonda dapat kukirimkan.

Enough with the ramblings..Puding hari nih aderlah variasi dari puding lapis kaca. Cuma pada bahagian tidak bersusu nya itu ku campurkan dgn  jus laici  dan lapisakan seperti diatas.Puding yang mudah untuk dibuat.enak pula rasa ditekak.

Selamat Mencuba!!

Wednesday, August 8, 2012

HoMeMaDE SanDiNgS SuGaR fOr SaMpEriT

Assalamualaikum..

Alhamdullilah hari nih   baru dapat menghapdet  blog semula..Pengalaman di Hospital dua hari lepas tak dapat kulupakan! manakan tidak..tak pernah seumur hidup ku ini kena buat xray  dan  kehulu hilir membuat beberapa ujian  sehingga dirujuk kepada pakar..nasib baiklah tak kena admit di hospital! Walau sakit  masih ader ..tapi alhamdullilah sedikit berkurang..ngeri juga kalau membayangkan kemungkinan  haku memang ader prolapse disc?! erks...lepas nih kena jaga pemakan..kena bersenam..kena buat semua yang doktor suruh!! ( ahaks) 

Tentulah  dgn  beberapa hari  lagi  menanti Syawal menjelma..ibu-ibu dan kakak-kak serta adik-adik  sibuk membuat persiapan ..mula membuat kuih muih..ader yang dah berbalang..ada yang beli sahaja..untuk haku ..haku selesa  membuat sendiri..tetapi tahun ini..hanya berniat membuat utk  orang..alhamdullilah tempahan  tahun ini  sangat memberangsangkan! boleh lahberi anak2 sedara  merasa duit raya lebih sikit.

Hari ini  haku nak share kan cara-cara membuat sanding sugar (Gula Tabur/Hiasan) yang selalu digunakan untuk menghias  biskut samperit..Sanding sugar juga boleh  digunakan untuk menghias  cupcakes dan juga cawan-cawan cocktail anda..Haku terlupa dari mana haku belajar teknik ini..aderkah dari youtube atau dari blog..erkkkk..another sign of age?

Bermula  dari kiri atas ke kanan :
1. Masukkan gula  yang hendak digunakan secukupnya kedalam  beg plastik.
2.  Titiskan 4-5 titik pewarna pilihan.
3. Goncang  beg plastik tersebut untuk  meratakan warna.
4. Tuang gula yg diwarnakan kedalam bekas dan biarkan seketika dlm suhu bilik supaya gula benar2 kering sebelum digunakan.

Taraaaa......... inilah hasil  sanding sugar hari ini..biskut samperit!



Pretty isnt it? for the Biskut Samperit recipe click HERE... 

Friday, August 3, 2012

AGaR-AgAR AiR NeNAs SeLASiH DeNGan LaiCi

Assalamualaikum ..

Telah 2 minggu kita berpuasa..Alhamdulillah sehingga kini masih diberikan kesihatan  untuk  berpuasa.Tentu ader yang mula menyiapkan  persediaan menyambut Aidilfitri.Pakaian..langsir ..kuih muih..ahaks..Jangan lupa zakat fitrah!!

Untuk haku tahun nih.. tak terpikir nak beli baju baru  kasut baru..guna aja lah apa yang ada.Setiap tahun  terasa seperti  sayu betul menyambut Syawal apatah lagi  dengan ketiadaan kedu orang tua..walau keluarga besar..ada masa terasa sunyi betul bersendiri. Inilah dia cabaran orang bujang.Tapi takperlah  haku percaya Allah sedang menyediakan yang terbaik untukku InsyaAllah.masih beruntung  ada keluarga dan anak-anak sedara, dapat juga menumpang  gembira.:)

Hari nih haku nak kongsikan resepi agar-agar  yang haku  ambil dari majalah  RASA ogos 2012.Sedap agar-agar nih.resepi asal tuh  cuma Agar-agar air nenas selasih..haku memandai tambah laici..kes nak habiskan stock laici..ahaks..ok meh tgk  version  haku membuat agar2 nih.

  
Agar-Agar Air Nenas Selasih dengan Laici.
Sumber : Majalah RASA Ogos 2012

Bahan-bahan
10gm serbuk agar-agar
1 cwn gula
500ml jus air nenas
500ml air 
2sdk biji selasih direndam dahulu
Laici secukupnya
Jus Laici  secukupnya.

Cara membuat
1. Larutkan gula dan agar-agar dlm  jus nenas dan air.Didihkan.
2. Susun  laici dalam acuan.Tuangkan sedikit jus laici.
3. Tuang adunan  agar-agar dalam acuan
4. Sudukan selasih.Biar seketika sehingga sejuk.
5. Sejukkan dan sedia untuk dihidang.


Mudah cara penyediaan nyer kan..dah susun-susun dalam tupperware.Ready nak dihantar untuk dijual. :)

 

Thursday, August 2, 2012

BiSkUt MoDerN MeMIKAt SeLErA ~ PuTeRi SalJu

Assalamualaikum..

Dua tiga hari nih mmg dah mula sibuk menyiapkan tempahan2 pelanggan.Alhamdullilah Ya Allah diatas  rezeki yang engkau berikan.Walau badan penat tetapi hati gembira dapat memberi kepuasan kepada pelanggan.Terima Kasih!!

Hari nih haku nak share satu biskut moden dari sumber resepi Majalah SAJI 2010.Memang padan dgn nama..biskut ini sangat rapuh..kena berhati2 bila membuat tetapi tentang rasa haku beri markah 10 bintang!!! sebab apa? Adunan tepung dgn badam dan cornflakes..ranggup dan cair dimulut..kemudian dilitupi dgn coklat putih seputih salju dipadankan pula dgn jeruk kulit limau..rasa lemak , manis dan  masam halwa kulit limau berpadu menjadi satu..memang kalau rasa sekali..berkali2 masuk kemulut tak sedar!! 

Tahun ini sudah 3 tahun berturut2 biskut Puteri Salju ini menjadi pilhan pelanggan menempah berulang kali.Kalau tahun lepas dah menempah  tahun nih order lagi walau biskut nih takder dalam senarai jualan biskut raya tahun ini...apakah maksud nyer itu? hikhikhik..ok..sbb hari nih banyak benda nak settle..haku tayang kan pic nyer dulu ..InsyaAllah..esok haku hapdetkan resepinyer sekali.Sementara itu..cuci mata tgk pic2 dulu yerk.





Beratur-atur nak masuk balang puteri2 nih semua..hikhik :)




Wednesday, August 1, 2012

PuDing LaPiS KaCa-PenYeGaR Tekak WakTu BerBuKa

Assalamualaikum..

hari nih laju2 nakmasukkan dua n3..hahah tamak haloba..bukan hapa..banyak betul n3 tertunggak..yelah sebelum angin malas datang semula..baik laju2 merempit menghapdet ..apatah lagi sekarang features baru dlm blog dahboleh setting  schedule nak post n3..senang kerja..

Ok nih nak share satu resepi pudding yang tersangatlah mudah nak membuat..tapi kena ada tahap  kesabaran lah bila nak melapis tuh.Ceritanya bulan ramadhan nih  haku setiap hari diminta membuat  sejenis puding untuk dihantar ke bazar ramadhan..jenuh jugaklah tiap hari  buat pudding sahaja..

Resepi puding lapis kaca nih haku ambil dari dapur kak Hanieliza ..pakar masak memasak yang terkenal tuh..puding nih boleh sahaja diolah dgn pelbagai cara.Boleh sahaja melapis dgn banyak  warna satu perisa  seperti yang dibuat oleh  kak Liza..(tgk sini) atau diperisakan  dgn rasa buah (tgk sini)..untuk haku..cuma melapis dgn  2 warna sahaja tanpa tambahan perisa.Rasa pudding original lah kiranya..Dan  versi  haku  mmg derhaka banyak dari resepi kak Liza nih..yelah ikut kemudahan didapur sendiri.


Original Version  Resepi Kak Liza

PUDING LAPIS KACA
Sumber : Kak Hanieliza

Bahan A
13 gm serbuk agar
170 gm gula
1 liter santan [1 biji kelapa]

Bahan B
13 gm serbuk agar
170 gm gula
1 liter air

pewarna > merah, hijau dan kuning

Cara
1. Masakan bahan A dan B dalam 2 periuk yg berasingan sehingga mendideh.
2. Sediakan loyang 8 x 8 inci.
3. Ambil 4 senduk agar2 B dan tuangkan dalam loyang.
4. Ambil 4 senduk agar2 A [bersantan] dan masukkan warna merah dan kacau rata.
5. Tuangkan perlahan-lahan ditepi loyang atas agar2 yg hampir beku. Ratakan sapuan agar-agar.
6. Ambil pula 4 senduk agar-agar B dan tuangkan perlahan di tepi loyang atas lapisan merah yg hampir beku. Ratakan sekeliling loyang.
7. Ulangkan semua proses melapis sehingga habis semua bahan.
8. Sejukkan dan potong. Hidangkan.

 Cara  haku:-

Bahan-Bahan
10gm serbuk agar-agar berwarna (warna hijau)
1 ltr air
1/2 cawan gula
1/2 cawan susu pekat.

Cara-cara
1. Larutkan agar-agar dan gula dalam air dan didihkan.
2. Bahagi kepada dua bahagian
3. Satu bahagian dengan warna asal dan satu bahagian lagi di campur dgn susu.
4. Lapis kan  dan sejukkan sebelum dipotong untuk dihidang.

Tips: Gunakan lidi toothpick untuk membuat garisan /carik sedikit lapisan pertama sebelum  melapis lapisan kedua.Ini  akan membuat pudding anda melekat antara satu sama lain.Garis/carik tuh..pelan2 lah yerk..sekadar garis/carik2 manja gituh.kemudian buatlah begitu untuk setiap lapisan hingga habis.