Friday, June 26, 2009
Wednesday, June 24, 2009
IKan Bilis Telur DaDaR
Tuesday, June 23, 2009
ROti JaLa...Kari DagiNG
Plan tuh..mmg lah nak buat project Jelly Kelapa..semangat sungguh ke Tesco nak mencari kelapa Pandan..hampeh..stock kelapa xder yang ader tuh mcm dah nak expired jerk..xper..tu menu in q tuh..walau x dapat jelly kelapa.. semangat juga nak cuba resepi baru.. menjenguk dapur hana di Jepun tuh..Resepi Roti jala menjadi pilihan.. bahan-bahan pun ader..apa lagi...mengirai lah mlm tadi..
Bahan- Bahan
2 cawan tepung gandum
2 cawan air
1 sudu kecil garam
1 biji telur (gred A)
setitik 2 pewarna kuning
sedikit esen pandan (optional)
Cara- Cara
Campurkan semua bahan dlm blender
Blend sebati
Perap 1/2 jam (aku perap 20 min jerk..dah x sabar nak mengirai)
Guna kuali leper atau fryin pan(non stick)
lengser minyak---kirai..
cara nak melipat tuh terpulang kepada kreativiti memasing yerk.
Monday, June 22, 2009
CeriTa KucING
Alkisah...x kira lah kalau waktu breakfast atau lunch..dia lah peneman setia ku..meneman waktu mkn ku yang duduk sensorang di hujung meja..aku nih x berapa gemar sgt dgn kucing nih..tapi ader sesuatu pada kucing nih yang membuat aku selalu berlawan mata dgn dia..agaknya kalau kucing boleh berkata2..ntah apa yang dia nak cakap yerk..?
Puas berdiri, duduk..la nih melepak plak dah dia..tp mata tuh tajam jerk pandang aku..mcm seram jugak kan?..
Saturday, June 20, 2009
SanDwicH Telur
CaRRot PounD Cake
Ikan SIAkaP SteAM
Sebenarnya..resepi nih aku amik dr rangcangan memasak kat astro tuh..Chef Chan Can Cook..tapi rangcangan dia kat astro tuh aku x ingat apa namanya..Jadi mlm tadi inilah menu makan malam ku..Resepi nih simple jerk..untuk orangbujang mcm aku nih sesuai lah kot..Cuma..kuah nyer pahit sikit..mungkin ade peria..tapi ok jerk pada ku..fav..peria..letak halia bebanyak..mmg menu buang angin lah nih.. :))
DaDih StRawBerries
Ni berjangkit dr k.Nor Lagi..bahan-bahan semua dah ada dalam peties..jd kacau jerk..sebb xder fresh strawberries..aku guna strawberries emulco jerk...boleh lah..rasa gak stroberi nyer..Buat ni hari tuh lagi ..tapi baru nih upload..
Sengaja buat lembik2 sikit...sejukkan dlm peties...bila makan...nyaman di anak tekak..musim panas nih layan dadih pun ok juga kan..?
Thursday, June 18, 2009
SambaL SoTong MaMaK Style
Wahaha..Ni sebab terpengaruh dengan kari sotong
k.nor lah nih..Terasa2 tekak nih nak makan sotong
sambal. Jadi untuk menu makan mlm hari nih...
terhasillah Sambal Sotong Mamak Style.Ni resepi dari
mak angkat ku di Kota Tinggi nun.. Kalau nak cuba
salin jelah resepi nih..Simple jerk cecaranya.
Bahan-bahan :-
500grm Sotong (dibersihkan)
*dikisar
1 inch halia
4 biji Bawang Putih
4-5 Bawang merah
1 batang serai (x letak pun.. terlupa :))
1 inch kunyit
10-20 batang cili kering (ikut tahap kepedasan dan banyak sambal yg anda kehendakki, for me aku guna 4 sudu lada boh...senang keja)
2 sudu serbuk kari ikan
*
2 biji tomato (optional)
Beberapa helai daun kari
3 kpg Asam keping/Air asam jawa
Serbuk perisa
Sedikit gula
Cara-Cara.
1.Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga air kering dan lada garing (warna lada akn bertukar menjadi merah gelap *bukan hangus tau)
2.Masukkan sotong yang telah dibersihkan
3.Letak asam keping/air asam jawa ( for me x letak pun sbb dah ganti dgn tomato)
4.Masak sehingga kuah sedikit kering, campur daun kari
5.Sesuaikan rasa dan siap dihidang!
Tip:
Tos sotong..kerana sotong bila dimasak akan mengeluarkan air.(lama plak nanti nak tunggu kuah kering)
Sayur Labu Air
Wednesday, June 17, 2009
SaLad
TuITioN CLaSS
Dah beberapa bulan nih..Ini lah aktiviti sampingan ku di hujung minggu...Mengajar tuition!Penat tu mmg lah ader ..tapi seronok juga..anak2 murid ku nih kata aku garang..tapi kenkadang tuh selalu melawak..yelah..kat sekolah dah stress..aku xnak kat tuition class nih pun diaorg stress..Cuma aku nak diaorg serious..Ni tuition class kat rumah Cik.A..Tgk lah gelagat baby Halim...suka betul melepak bawah meja..X tau napelah port tu gak yang dia minat puas letak dia kat tempat lain..tetap dia dtg kat situ gak..jadi biarkan shaja...cuma budak2 tuh kena jaga kaki memasing..takut terpijak....
YoGUrt MuFFin
X sempat plak smlm nak meng update pic untuk Yogurt Muffin nih...so aku tepekkan hari nih..Ni dia Yogurt Muffin Blueberry ..1 adunan dapat 6 cawan cupcake jerk..mungkin sbb acuan yg ku guna tu besar..
sedap mmg x boleh disangkal..tapi tahap kemanisan tuh mmg kena adjust skit..manis sungguh..mungkin sebb filling bluberry tu pun dah mmg manis...
Yang nih version Orange yogurt Muffin..ni mmg ikut cecara dr k.Nor...Tapi kulit luar muffin nih kering jerk.. x sama yang macam k.nor buat..tapi..isi dlm tuh mmg gebus...
Nampak x permukaan muffin tuh...mcm kurang menjadi..x tau mana silap..nanti akan ku cuba lagi resepi nih.
Bahan:- (lebih kurang 8 ketul muffin cup spt gambar)
Campurkan mentega dan gula dan panaskan secara "double boil" atas api perlahan. Kacau dengan whisk hingga adunan sebati. Biar sejuk sebentar.
Sementara itu, ayak tepung dengan baking powder. Ketepikan.
Masukkan yogurt, jus lemon, lemon paste dan telor ke dalam adunan mentega tadi dan kacau hingga adunan sebati, jangan terlalu lama.
Masukkan tepung dan kaup balik sebati.
Sudukan adunan ke dalam bekas muffin (lebih sikit dari separuh bekas) dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180 C selama 25 minit. (bergantung kepada oven masing-masin).
Sejukkan atas wire rack.
Ni dia resepi Yogurt muffin yang ku C&P dr blog k.ummi...kalau nak buat blueberry tukar jerk bahan2 limau tuh pada blueberry..
Bahan:- (lebih kurang 8 ketul muffin cup spt gambar)
100 gm tepung kek/tepung naik sendiri (aku guna tepung gandum biasa jerk )
1 tsp. baking powder
2 tsp. lemon juice (aku tukar dgn orange sunquick)
1/2 tsp. lemon paste (optional) (2 sudu parutan kulit orange)
100 gm plain yogurt (aku guna yogurt blueberry untuk version blueberry yogurt muffin)
50 gm gula kastor
50 gm mentega
1 biji telor
1 tsp. baking powder
2 tsp. lemon juice (aku tukar dgn orange sunquick)
1/2 tsp. lemon paste (optional) (2 sudu parutan kulit orange)
100 gm plain yogurt (aku guna yogurt blueberry untuk version blueberry yogurt muffin)
50 gm gula kastor
50 gm mentega
1 biji telor
Cara-Cara:-
Campurkan mentega dan gula dan panaskan secara "double boil" atas api perlahan. Kacau dengan whisk hingga adunan sebati. Biar sejuk sebentar.
Sementara itu, ayak tepung dengan baking powder. Ketepikan.
Masukkan yogurt, jus lemon, lemon paste dan telor ke dalam adunan mentega tadi dan kacau hingga adunan sebati, jangan terlalu lama.
Masukkan tepung dan kaup balik sebati.
Sudukan adunan ke dalam bekas muffin (lebih sikit dari separuh bekas) dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180 C selama 25 minit. (bergantung kepada oven masing-masin).
Sejukkan atas wire rack.
Tuesday, June 16, 2009
SouVenier
Amboi..kemain lagi memakcik ni pi shopping...Entah bila nak sampai kat Harrods London nih..belum ader rezeki lagi...terima kasih lah kepada pemberi cenderahati nih...dapat dgn 2 box tea..x tgk lagi tea apa..terus jerk simpan dlm lemari...ader sbb nak tunjuk jem nih... sbb nyer aku mmg kurang berminat mkn roti disapu jem selain dr mentega, kacang atau coklat...sayang pulak jem ni terbiar dlm peties...jadi aku menjenguk2 dapur kakak superwoman yang rajin betul memask dan byk pulak resepi yg best.. jadi kuambil resepi asal dr blog K.Ummi Lemon Yogurt Muffin..tapi sbb kat rumah tuh xder lemon maka kugantikan dgn orange dan blueberry..
Memandai je aku mengolah resepi...bukan menderhaka..tapi mcm apa nasihat yang diberi terlebih dahulu oleh kakak2 nih...x salah olah mengolah..sesuaikan ikut citarasa kita..kan memasak tuh triad n error..Ye lah tuh....
Friday, June 12, 2009
AiSKrim JagUNG
Musim2 panas nih..sedapnya kalau mkn benda2 yang sejuk..smlm jalan2 di MYR terus cedok resepi nih..bahan2 pun ader kat umah...rasanyer mmg creamy sungguh..sebab cuaca panas..posing2 pun kejap dah mencair..
Pada sesiapa yang nak cuba resepi nih..klik http://www.myresipi.com/top/detail/1927
SamBaL KeRang SimpLe
Ni lah resepi yang ku buat bila kemalasan melanda...kerang ni boleh jerk tukar dgn udang, ayam atau kupang..Untuk org yg x kuat pedas mcm aku nih..cukup lah merah2 mcm nih jer..Ni resepi hasil nukilan sendiri nih.. kalau ader sesapa nak cuba..resepi kat bawah nih..
Bahan-Bahan
500 gram kerang (direbus, dan diambil isi shaja)
2 biji Bawang besar (di potong bulat)
4 biji Bawang putih (di mayang halus)
1 inch halis dititik/dipotong kecil
1/8 tsp serbuk kunyit
3 tbsp lada kisar
2 keping asam gelugor (aku guna tomato 2 biji)
Bahan perisa
sedikit gula
Cara- cara
1.Panaskan minyak, tumis bawang, bawang putih, halia sehingga terbit bau
2.Masukkan lada + halia, kacau sehingga lada masak dan pecah minyak
3.Masukkan tomato/asam gelugor
4.Masukkan kerang
5.Sesuaikan rasa dgn serbuk perisa dan gula
6.Siap untuk di hidangkan
Lemak SaWi PUtih
Kalau kebanyakkan rakan blogger tepek menu mkn tghari..Mcm aku nih..mkn tghari mmg kat kedai lah..Jadi ni lah menu untuk makan malam..masak sendiri..Panas2 nih nak makan berlemak pun buat lemak cair jerk..kena mkn banyak sayur la kata kan..walau semua org tau nak resepi nih..kacang je kan?? ttp aku nak tepek resepi dia..Jeng...Jeng..
Bahan-Bahan
2 ikat sawi putih
2 btg cili merah
10-20 ekor udang (optional)
*15 ekor ikan bilis ( belah 2)(sbb dah guna kiub ikn bilis...x letak pun)
*2 ulas bawang kecil (guna yang sedang)
*2 ulas bawanng putih
500 ml santan (guna santan paket + air jadikan 500ml)
Garam/serbuk perasa( aku pakai kiub ikn bilis maggi jer)
Cara-cara.
1.Masak nih terpulang samaada nak direbus sahaja kesemua bahan..atau ditumis..hari nih aku pilih untuk menumis.Bahan2 * ditumbuk sedikit..x perlu sampai lumat..tumis dlm periuk dgn sedikt minyak sehingga naik bau.
2.Masukkan lada merah yang dihiris serta udang yang telah siap dibersihkan.Kacau.
3.Masukkan sayur, kiub dan santan...kacau..biar sehingga kuah mendidih sedikit (jgn sampai pecah minyak) atau sehingga sayur sedikit layu.tutup api dan sedia dihidang.
Tips: Sayur mengandungi serat dan protein..protein mudah larut didalam air..Basuh sayur dahulu di bawah air mengalir sebelum disiang atau dipotong.jgn merendam sayur dlm air terlalu lama.Bila merebus atau mengoreng.Guna api yang besar...supaya sayur cepat layu..dan protein tidak hilang dgn byk.
Wednesday, June 10, 2009
MarshmelloW FonDant
Ni lah project mlm tadi yang sampai pukul 1pg baru lelap..lagi2 muffin coklat..tgh minat nih..kali nih aku x nak ganache dgn coklat..cuba marshmellow fondant yang ku copy dr MYR..tp sbb belum ader cutter yg cantik dan tangan pun kaku lagi nak membentuk fondant2 nih..maka bentuk bulat2 je lah yang keluar..tepek atas muffin dan tabur dgn coklat rice..mmg x ader org buat mcm nih punya hiasan.. layan lah..
Muffin2 nih semua telah ku packing kan dan sedia untuk dihantar ke Senai ..attn Naldsauza..Thank you kerana sudi merasa resepi ku..
Tuesday, June 9, 2009
Donut PEsOna Yang KurAnG MempersonAKan
Aduhai.. semangat betul nak buat Donut pesona yang glamour nih..semangat punya semangat..maka mlm tadi ku uli donut nih..cedok resepi dr MYR dan cecara dr Rinnchan..hush..kena tunggu 30minit kasi doh naik..?! kenapa x naik jugak?? Lembik saja..kurang tepung nih!!..di terap pun mmg x boleh masuk kuali..xder shape..jadi ku pintal2kan sahaja..dan ini lah hasil nya....
Bila dah goreng tuh ..aku taburkan dgn icing sugar + cinnamon powder..wangi je bau nyer..ni lah sarapan hari ini..Bawa bekal pi offices
Walau rupa kurang mempesona..donut nih lembut jerk..so tadi bila ku ternampak k.nor online terus tanya pakar cacara yang betul membuat donut..rupanya..mmg aku byk silap..patut tak jadi pun..pengajaran nih..berikut..yelah tips yang diberi oleh k.nor.Thank you sis..
1.Bila buka paket yis..tgk ader melekat2 x..sbb tu tanda nyer yis masih hidup lagi.Yis sensitif x boleh campur dgn air panas atau garam.
2.Masukkan yis ikut sukatan resepi + air suam (air sejuk pun boleh)+ gula + 2 sudu tepung dr sukatan tepung yg diperlukan.Kacau hingga berbuih
3.Dlm mangkuk lain satukan tepung dan bhn lain kecuali majerin/ butter
4.Buat lubang di tengah2 tepung tuang yis dan uli adunan diatas permukaan leper (tangan x lengguh)
5.Uli doh sambil di selikan dgn majerin/butter..uli sampai adunan x melekat kat tangan
6.Perap dia dgn menutup doh dgn tuala basah..atau.. cling wrap.
7.Bila dah kembang boleh lah di canai dan diterap..goreng atau frozen..
Kiwi Muffin
Ni resepi yang ku cilok dr CMG dlm MYR..dengan sebab yang sama nak menghabiskan stok buah kiwi dlm peties..Boleh tahan juga muffin nih..tekstur yang berbeza..bila mkn tuh ader lah rasa chewy badam skit..rasa masam manis buah kiwi..tapi padaku manis sgt..mmg kena kurang kan gula..Jaga kesihatan...
Kalau lah boleh dapat snap pic yang cun sikit..kena blajar dgn fiki nih..x pun kena pakai camera canggih nih..
RenJIs-RenJis DiPilis...
Amboi ..amboi..penuh undangan walimatus urus minggu nih..pewut pun kembung dgn nasi minyak..nasi briyani..nasi jagung..(hilang nak diet) .Time cuti sekolah nih mmg dah biasa jadi kebiasaan ..yang ku tepekkan nih rakan sekolah ku masa sekolah rendah dulu..tp dia tua setahun tau..Selamat Pengantin Baru Ina & Emi..Meriah sungguh majlis nyer , Ramai sungguh tetamu yang dtg..walau dlm hujan lebat..majlis tetap meriah!Ku doakan semoga sentiasa sihat, bahagia dan kekal berdua sehingga ke syurga.
KeCaNtiKkAN
Jalan2 ke Tesco Nak membeli stok barang kuih ku yang dah habis..port yang x boleh miss mestilah rak bakery tools ..sebb kepala pening lalat..jalan saja pelan2 dan mata ku tersinggah ke flask yang cute nih..Cantik..kira aku x pernah lagi tgk flask yg berkaler mcm nih..selalu tuh plain..atau warna merah..atau silver..unik..rasa tuh mcm nak capai satu..saja lah..tapi bila ku tgk harga nyer pun unik juga..Dr membazir begitu baik ku snap kan sahaja pic nyer mmenjadi kenangan...cukup lah..
Nampak harga yang tertera tu?? Rasa x berbaloi plak..lagi pun bukan slalu guna pun..Cuci mata jelah yerk.
Monday, June 8, 2009
Lagi BerFancies
Terima kasih lah kepada Syakirah yang sudi meng order fancy cookies ku ini..Nak bentuk bintang dan love jerk dgn design simple seperti dibawah..Dengan resepi basic buttery cookies ini lah hasil nyer...
Friday, June 5, 2009
LolLie CooKies
Terlanjur melayan tempahan fancy cookies yg diterima..kucucuk2 cookies nih dgn li maka terhasil lah Lollie cookies ni..saja nak pomot sikit kepada yang berkenan..ni buat 3 contoh jerk..kali nih guna resepi buttery cookies original flavor lah kira.
Thursday, June 4, 2009
Muffin VOLCano
Dengan masa yang terhad demi memenuhi permintaan anak sedara sorang nih aku pun layan resepi yang paling simple dr site Rincchan.Muffin Pandan...Dengan tips dr K.Nor (terima kasih kak..)maka meletup2 lah muffin ku ini..miahaha..seronok..mcm rupa apam senyum pun ader..
Sibuk betul nak interframe..nak suh gak tunjuk muka dia yang sedang menyuap muffin nih..sibuk puji2 kata apa yang kumasak semua sedap..Scary plak dengar..sure ade yang nak bodek nih...
Ni lah muffin pandan volcano..anak sedara ku memandai memberi nama..mmg gebus..walau pun masa di adun x pun frumpy..tapi alhamdullillah ..ok jer rupa dan rasa nyer..mmg boleh di buat lagi nih..
Dah dapat tempahan pun..
LAyanz KareNah
Walau bengang mcmana pun dgn perangai mereka nih dah nama nyer anak sedara mmg lah carik2 bulu ayam.Excited betul nak menjengah rumah ku yg tgh berserak..minta pula dimasakkan yg sedap2 dan nak kek coklat pulak..aduhai..mana sempat nak membuat..estimated time yg ader dlm 45 minit jerk..jadi aku pun rebus spagetti dan ini lah hasil nyer...SPAGETTI BOLOGNESE...yang ku gaul semua nyer..taraa...
Wednesday, June 3, 2009
Fancy CooKies..
Ni sbb dah excited sgt tgk fancy cooking Yang dibuat oleh Nina..tu yang semangat jerk membuat..First time layanz Royal icing nih..sronok juga..kaler meriah sungguh..
Walau pun design tuh tu masih kureng memuaskan..tapi ramai juga yang memuji rasa biskut nih..Ni lagi cilok resepi dr MYR..bagus betul site nih..ntah apa problem..dah 2-3 hari x boleh nak view...erm..problem!!
CaKEs
Subscribe to:
Posts (Atom)