Friday, June 13, 2014

Koleksi Biskut Raya 2014 : Biskut Conflakes Crunch

As Salam, 

Salam Nisfu  Syaaban untuk semua, tentu ramai yang berpuasa hari ini..Alhamdullilah..hari ni juga ramai yang jadi Zombie bola? hehehe.. kalau game pukul 4 pagi waktu bangun  sahur tuh boleh lah jeling2 sikit..siapa kata orang pompuan tak minat bola? ishk..ishk... ramai yang minat..termasuk  lah haku ni!! tahun nih banyak team yg hebat2..walau selalu soong netherlands tapi tak boleh nak kata siapa yang akan jadi juara..Bila pulak Malaysia nak ke Piala Dunia yerk? doakan dan nantikan sahaja lah.

Misi membuat biskut raya nih  haku teruskan lagi..lama dah tenung resepi biskut nih di Blog  Citarasawan..mmg mengiurkan..warna keemasan conrflakes tuh menawan..


Buat pun tak remeh..adun2..lepas tuh golek2 sudu2 kan then bakar..mudah sgt!! resepi yg mudah2 begini mmg haku suka..kalau ada yg nak cuba membuat  untuk hidangan raya tahun nih..dipersilakan mencuba :)

Biskut Conflakes Crunch
Sumber : Citarasawan
Oven : 175 celcius
Serve : 75-80 biji
 
Bahan- Bahan
Bahan A
280gm mentega
180gm gula kastor ( haku guna gula halus 150gm)
1/2 sdt vanilla
2 biji telur Grd B

Bahan B- diayak
320gm tepung gandum/ tepung rose ( haku guna tepung gandum)
1/2 sdt Baking Powder
1/2 sdt Baking Soda
1/8 sdt Emplex

Bahan C-500gm conflakes (diramas sedikit)

Cara membuat
1. Pukul mentega dan gula hingga kembang.Masukkan telur satu persatu. pukul sebati dan masukkan vanilla
2. Masukkan bahan B dan gaul hingga menjadi adunan yang lembut. Simpan di dalam peti sejuk semalaman


 * Mmg nampak sangat lembik seperti didalam gambar..tapi bila dah dimasukkan  dalam peti dan dibiarkan semalaman lepas tuh dah mudah untuk  diterap

3. Sudukan 1/2 sdb  adunan kedalam Bahan C dan susun dalam dulang pembakar. Sila jarakkan sedikit kerana  biskut ini akan mengembang dan menjadi leper.

4. Bakar dalam 18min-20min didalam oven ,Sejukkan diredai dan simpan dalam bekas kedap udara.

kalau  tak mahu nak kecah2 kan dapur tapi teringin nak makan boleh je  tempah  kat kita yerk.. Untuk tempahan sila Whatsapp ke #0197850912 atau #0127945483.

Thursday, June 12, 2014

Koleksi Biskut Raya 2014 : Red Velvet with White Choc Chip Cookies

As Salam...MasyaAllah..lama betul tak menghapdet  rumah kecil yang satu ini..bertahun2!!! hari ini entah angin apa pagi2 haku dah bersihkan habuk2..mengantung  langsir baru, menukar perhiasan  dan menghias seadanya...hah! happy rumah kecil ku ini telah berwajah baru ..dan  setelah sekian lama nya ..hari ini haku menulis kembali .. : ) :)

Hari nih  sekadar nak berkongsi biskut yg tgh popular ..mmg bermacam versi  yg ada skrg..ada yg menggunakan campuran tepung beras, atau tepung jagung, ada yang menggunakan butter semata ada juga yg menggunakan campuran shortening.. maka jadilah versi2 yang rangup atau pun yang chewy gooey..tapi walau bagaimana pun version nya..rasa biskut nih mmg sedap, boleh sahaja ditambah  kekacang jika suka..membuat biskut ini juga tak boleh kedekut dengan choc chip tuh..bila letak lebih sikit baru lah terasa  bertambah ummmpph!!Tahap kemanisan pun begitu juga...oleh kerana choc chip  dah memang sedia manis..kurangkan sedikit  gula..tapi kalau yg suka manis2..silakan sahaja follow resepi ini to the bit.




Resepi nih haku adaptasi dari  Cooking  Classy tapi sudah tentu diolah sedikit supaya sesuai dengan  citarasa dan kemudahan sendiri :)

Red Velvet with White Choc Chip Cookies
Sumber: Cooking Classy
Oven : 375 deg/ 170 celcius
Time : 12 min
Serve : 100 biji +

Bahan-Bahan
2 1/2 cwn tepung serbaguna
2 1/2 sdb serbuk koko
1 1/2 sdt tepung jagung
3/4 sdt baking soda
1/2 sdt garam

Gaulkan bahan-bahan kering ini  dalam mangkuk  berasingan.

8 sdb butter
6 sdb vege shortening
1 1/2 cwn gula castor/halus

Pukul sebati sehingga sedikit  pucat. gunakan senduk kayu atau ballon whisk sahaja

1  biji telur Grd A
1 biji kuning telur
1 1/2 sdt cuka makan/ distilled vinegar
1 1/2 sdt vanilla
1 sdb pewarna merah

Masukkan telur  sebiji- sebiji dan pukul sebati sahaja. Masukkan  bahan kering, cuka, pewarna dan vanilla, gaul  sekadar sebati.

* Boleh tambahkan kekacang jika mahu seperti badam/walnut/macademia/hazel dll.

* Campuran ini memang akan kelihatan lembik

Gunakan sudu kecil dan sudukan diatas loyang. Susun 5-8 choc chip diatas  adunan tersebut..berhati2 jgn terlalu menekan .Bakar.
* Letak loyang dibahagian tengah oven dan gunakan api atas bawah.Fan off. Jika oven terlalu panas turunkan sedikit suhu.supaya dapat mengekalkan warna merah biskut.

* Bila adunan dikeluarkan dari oven memang keadaan biskut akan kelihatan lembik. Sejukkan diatas redai.haba  akan terus memasak biskut dan biskut akan menjadi rangup.Bila biskut sejuk simpan dalam  bekas kedap udara.

* Biskut yang chewy gooey ini sgt sedap  sesuai dijadikan hidangan hari raya, buat  kudapan seharian pun seronok juga!!

###Untuk tempahan bolehlah  whatsapp  ke #0197850912 @ #0127945483###
      Hanya RM18/sebalang .

Wednesday, March 27, 2013

KUiH TraDiSi- KUiH LoMPaNG

Assalamualaikum w.b.t

Haish lama  betul tak update  blog - reason malas?  bukan! takder masa? mungkin !

Manakan tidak  selain sibuk dengan tugas  dan rutin wajib kerja ada sahaja xtvt  tambahan yang haku lakukan ..Sengaja..sekadar  menghilangkan  rungsing hati  dan  melarikan diri ..hikhikhik mcm berjaya?!! dan akhirnya yang haku pelajari ..walau sejauh mana  kita cuba mengelak dari memkikirkan masalah tetap masalah akan datang bertimpa..Jadi yang perlu dilakukan ialah dengan menghadapi masalah tersebut.Terkadang penyelesaiannya  tersangat mudah cuma  mata hati nih je yg kadang buta kan. 

Cabaran membuat  kuih tradisional dari my sister nih mmg mengujakan.Pertama  haku  mmg tak mahir  langsung buat kuih tradisional dan kedua  haku kena  korbankan masa balik kerja , nonton tv rehat2 sbb tiap2 hari kena buat  untuk dihantar sebagai jualan di sebelah pagi.Mmg  terus buat kajian dan  merujuk pakar2  nak buat kuih tradisional nih..Ok laugh at me like  elleh setakat buat kuih begini pun nak haru sgt.. cuba test buat..mmg kuih senang buat tapi kalau tak tahu cara.. mmg   bantat  lah jawapannya..silap2 masuk tong sampah..aduhai..kan rugi?!

Resepi nih haku  amik dr  Kak Yatie.. I loike sgt sbb  adunan tuh disukat dgn cawan. hasilnya pun  tidak mengecewakan..cheewy gooey..Cuma  bab gula tuh pada haku yg kuat manis nih ..kurang sikit..next time buat kena tambah gula sikit lagi..tapi kalau yg tak suka manis..adunan nih kira dah ngam sgt.Manis2 buah gituh.  Satu adunan nih  boleh dapat lebih kurang 50 biji !

 


Kuih Lompang - Kak yatie

Bahan-Bahan
  • 2 1/2 cawan Tepung Beras
  • 1/2 cawan Tepung  ubi
  • 1 cawan Gula
  • 1 sk esen rose 
  • 1 sk air kapur ( nih haku tambah )
  • 4 cawan Air (2 cawan campur dgn Tepung dan 2 cawan masak dgn gula)
  • Daun Pandan

Cara-cara


  1. Satukan tepung beras & tepung sagu dalam mangkuk.
  2. Lalu, gaulkan bersama 2 cawan air dan ketepikan dahulu.
  3. Masak gula bersama 2 cawan air dan daun pandan hingga mendidih.(sejukkan sebentar/suam)
  4. Tuangkan air gula kedalam adunan tepung dan gaul rata. Tapiskan.
  5. Masukkan sedikit esen rose. Gaul rata. Asingkan kepada 2-3 mangkuk. Lalu warnakan dengan warna kegemaran anda.
  6. Panaskan kukusan, bila mendidih, letakkan acuan di dalam kukusan dan biarkan panas selama 5min. Kemudian oles kan minyak supaya  kuih mudah dikeluarkan dari acuan.
  7. Lalu tuangkan adunan ke dalam acuan dan kukus selama 20min.
  8. Sajikan bersama kelapa parut yang telah dikukus bersama sedikit garam dan daun pandan. 
  9. Nota : air  kapur berperanan supaya adunan kita kental dan  bila dah siap kukus tuh bagi dia sejuk sikit sebelum keluarkan dari acuan.



Wednesday, January 2, 2013

A Way To StarT A DaY

Assalamualaikum.

Alhamdullilah  bertemu dengan tahun hijrah yang baru..apa lah azam  tahun baru   kamu semua yerk? yang setahun lalu dah tercapai ke hajat2 nya?

Haku  seperti biasa..tiada azam2 yang extravaganza..sekadar mengharapkan yang lebih baik dari setahun  yang lalu.

Tak terlambat kiranya ku mengucapkan  Selamat Menyambut Tahun baru 2013 kepada semua! Semoga di tahun baru ini  semakin lancar dan dipermudahkan rezeki kita dan berjaya didunia dan akhirat.


Dan sempena hari yang mulia dan berbahagia ini  Allah telah memberikan keizinan untuk  haku  bernafas dan meraikan  hari ulangtahun. Didalam hati tersangat rindu kepada arwah mak dan  bapak. Terima Kasih kerana melahirkan ku, menjaga, membesarkan dan mendidik haku.tidak terbalas walau setitk pun jasa mak dan bapak.TERIMA KASIH MAK DAN BAPAK.Adik  sayang sangat dan rindu sangat!!

 Terima kasih pada ucapan-ucapan harijadi dari teman-teman di FB dan terima kasih untuk yang tersayang  for the advance treat dan hadiah.Bukan hadiah mahal yg  dipinta hanya ingatan yang sangat2 dihargai.  

Friday, December 14, 2012

Biar Betul?? Be a Maybank2u Star Contest-RM5000 untuk dimenangi!!!

Assalamualaikum .. cantek  tarikh dalam kalendar islam hari ini 1.2.34.., dan  hari ini juga haku telah berazam untuk  komited menjalankan perniagaan  secara online!! Jual apa?
 
Jual peralatan memasak!! hehehe..tapi itu nantilah  haku cerita panjang lebar lagi ..Tapi N3 kalai nih  special  mengenai  satu peraduan  dari  Maybank. Asalnya memang  haku ader ternampak  iklan  dalam page maybank2u tuh..tapi buat tak endah lagi..nampak plak abg mat cik  gebu tuh buat satu n3 nak join jugak..ooo ini sudah macam menyeronokkan..Ok tak salah kita mencuba ..ada rezeki siapa yg nak bagi kan? RM5k tuh boleh tambah2  duit hantaran apa? ahaks ahaks..eh eh kalau kes haku  boleh bayar duit mak andam tuh..heheheh.. hanya perlukan sedikit kreativiti  dan cipta  satu add berdasarkan  template yang diberikan dalam applikasi  facebook maybank ..alahai mudah  sungguh!

Klik gambar untuk syarat penyertaan


Bila baca term n condition tuh..mmg lah tersangat mudah je cara2 nya nak menyertai.. Untuk blogger boleh dapat Asus Nexus 7 Tablet lagi, wallah wallah...siapa yang ngak mahu!!



Kalau cerita pasal internet  banking nih..sejak  haku mengenalinya dari tahun 2006 sampai sekarang.. apa urusan yang boleh  guna  online  banking..memang itu lah jadi pilihan. Dulu mmg lah org kata boleh percaya ke  dengan online nih , takut data kena curi, takut nanti duit hilang atau  bayaran tuh mmg betul sampai kepada penerima ker..tapi  selama hampir 6 tahun nih tak pernah satu pun haku menghadapi masalah. Of coz lah ..kan online banking   dengan bank  "rimau"!!!  mmg haku sentiasa yakin  dgn tahap security dan  keberkesanan nya.



Namakan apa sahaja urusan.. bayaran bil2 utiliti, loan ptptn, bayaran ASB, hutang dengan AEON, Tabung Haji, Car Insurance Renewal beli top - up handphone  semua  haku buat guna Maybank2u je. Bukan tu je, beli kek , beli barang dr obersi beli novel, beli baju, beli kasut semua guna bayaran guna Maybank2u.com jugak! pendek kata.. apa2 transaction  pun buat guna hujung jari jerk..yang penting $$$ sentiasa ada dlm akaun lah..

Jangan ingat perkhidmatan maybank2u nih terhad kepada pembayaran sahaja.. dari sini jugak haku boleh track record  akaun .Biasanya tgk  payment customer  dah masuk ke belum..  tracking  debit card usage . Ada juga pembayaran2 yang haku buat auto debit. senang tak payah nak pikir. Every month  bank ni seakan "bekerja" dengan menguruskan kewangan  ku.Mudah...mudah! Sejak   guna internet banking nih..haku tak pernah request  fizikal bank statement lagi  kalau withdraw  duit  dr ATM pun haku tak akan  amik penyata sebab haku tau  boleh je nanti cek balik guna online. Customer pun selalu prefer nak buat pembayaran guna  Maybank2u je bila berurusan.

Haku bukan nak puji melambung2  tapi memang  semenjak mengunakan perkhidmatan nih..mmg sedikit pun tak ada keraguan. Jimat masa  jimat tenaga..tenang jiwa..semua urusan selesai dengan mudah!!

Tak Caya?? Cuba lah guna lepas nih . Terima Kasih  Maybank untuk servis dan perkhidmatan yang cemerlang!!

 

Saturday, December 1, 2012

CoNTEst BoRdER LaCE- VeiL by AdRIA CoTTaGE

Assalamualaikum..

Lama juga tak menulis disini..kadang2 macam kering idea! tapi bila idea datang mencurah2 masa pula yang tiada..Oooo manusia mmg banyak alasan! ahaks.

Rasanya dah hampir 8 bulan haku mula berjinak2 dengan menyertai pelbagai peraduan..biasanya..yang free jelah yang tak membabitkan $$$,Saja2 mengisi masa sambil bermuka buku..hehehe..tapi peraduan  yang ini , benar2 menarik perhatian ku..free Border Lace!!! nak tahu kenapa haku beriya2 nak menang hadiah nih? sebab.......................

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
nak buat baju peplum yang ader letak lacey2 tuh..ahakakaka..
tetiba lah teringin jugak nak berpeplum2 nih. (walaupun babat tgh mencanak2) tak kira2..nak gak..nampak mcm sgt sweet gituh!!


ok2 kalau kamu semua pun nak cuba menang  border lace percuma nih..boleh je terjah  facebook  Veil by Adria Cottage nih..then follow step2 contest tuh yerk.1m border lace cukup buat  hiasan baju tuh..mari!!





## harap2 saya adalah rezeki### 

 

Thursday, November 1, 2012

SeMuDaH ABC- VaNiLLa MoiST CupCaKEs

Assalamualaikum

Hari nih  dan masuk bulan November..sedang menghitung hari  nih..hehe..bukan hari saya naik pelamin tapi  anak sedara yg naik dulu..Alhamdulillah..tak lama lagi terima menantu..nanti terima cucu plak.Kalau nak diikutkan  tentang cucu dan  cicit nih.. dah lama saya nih bergelar noyang..almaklum keluarga besar..Umur semuda ( perasan!) begini dah dipanggil puan atau nyanh..takperlah..seronok juga  dah bercucu cicit nih!

Cerita pasal kerja kahwin alhamdullilah hampir setiap minggu ada sahaja tempahan yang diterima..Ini pun sedang menyingsing lengan menyiapkan tempahan2 anak sedara nih nanti.Jadi bila  masa2 tempahan  meningkat begini saya suka menyediakan  tempahan cupcakes dgn mengunakan resepi yang mudah dan cepat .Bukan bermakna yang cepat nih sekadar cincai  atau tidak sedap..tetapi yang ringkas beginilah sebenarnya lebih gebus gabas dan enak rasa cupcakes nya..tak percaya? ce tgk ..ce tgk :)

Gebus tak? saya suka dgn resepi-resepi yang mudah dan ringkas tetapi hasil dan rasa sangat sedap.Resepi nih saya ambil dari  A Baked Creation (ABC) tetapi saya dah olah kedalam bahasa Malaysia untuk rujukan dimasa hadapan :)

Vanilla Cupcakes

Bahan-bahan
1 cwn tepung gandum (ayak)
1 1/2 Baking Powder (ayak)
3/4 cwn gula ( kurangkan kalau tak suka manis)
1/2 sdt garam 
3 sdb butter
1/2 cwn susu (segar/cair/buttermilk) (saya guna susu cair)
1 biji telur
1 sdt essence vanilla

Cara membuat
1. Satukan tepung ,baking powder, gula dan butter ( jika guna butter bergaram tidak perlu guna garam lagi) dan garam
2. Dgn mixer blend semua bahan tersebut sehingga sebati 
3. Masukkan setengah  dari sukatan susu dlm adunan dan kacau
4. Campurkan telur, baki  setengah sukatan susu dan essence vanilla ke dalam mangkuk yang lain dan kacau sebati menggunakan garfu.
5. Kemudian masukkan  campuran tersebut kedalam adunan tepung dan blend  sehingga sebati  dan tidak berketul.
6. Masukkan kedalam cup (paras 1/2) kemudian bakar dlm ketuhar dgn suhu 180 darjah (yg telah dipanaskan terlebih dahulu) selama 25 minit.Bergantung kepada  oven masing2 yer.

     
 Bila dah masak tuh..sejukkan  dahulu kemudian hias ikut suka atau makan begitu sahaja.

***Saya guna vanilla essence yg dibeli dr kedai bakeri .lebih pekat dan  kuat rasa vanilla nya dari mengunakan vanilla star brand tuh ..cubalah pasti ader kelainan :)

 
 Taraaaa...end product! Happy Caking!

  

Wednesday, October 24, 2012

Apple Pie ~ PuFf VErSiOn

Assalamualaikum

Sekejap sahaja sudah hampir ke penghujung tahun..dan lagi  sehari kita bakal menyambut Hari Raya Aidil Adha..InsyaAllah..tahun nih seperti selalu akan beraya di kampung seperti biasanya.

Membuat  hidangan untuk keluarga memang menyeronokkan.Memenuhi permintaan apa yang mereka nak makan nih  memberi satu  kepuasan.Kadang tuh memang penat melayan tetapi bila melihat mereka makan apa yg kita masak tuh..hilang rasa penat lelah. 

Kebetulan hari tu sewaktu bertandang ke rumah kak long..dapat buat apple nih..nak makan begitu sahaja rasa mcm tak best plak..teringat ader kulit pastry yg dibeli beberapa bulan dulu masih belum berguna..Jadi godek-godek resepi  di internet untuk apple pie..

Membuat apple pie nih haku mengunakan resepi inti dari Fidadaud dari MYResepi. tetapi tentang kulit nyer tuh sebab nak guna kulit pastry..jadilah version seperti yg dibuat oleh  .Thank  you  so much people for sharing..Ok nih dia kedua2 resepi ..untuk rujukan dimasa hadapan.

Resepi Mini Apple Pie
Sumber : Fida Daud MyResepi 

Bahan-bahan ( 12-14 biji )

  • Bahan Inti:
  • 2 biji apple merah - potong dadu
  • 1/3 cawan gula (jika tak suka manis, boleh kurangkan kepada 1/4 cawan saja)
  • 1/2 sdk serbuk kayu manis
  • 1 sdb perahan jus lemon
  • 1 sdk tepung jagung + 1 sdb air

  • Bahan Pastri:
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sdk garam
  • 1/2 cawan butter - beku (sejuk)
  • 1/2 cawan susu segar sejuk
  • **minyak untuk menggoreng

Cara-cara

  1. Inti: Dalam sauce pan (periuk @ kuali biasa boleh juga lah), campurkan apple, gula dan serbuk kayu manis. Gaul sebati atas api yang kecil.
  2. Campurkan jus lemon. Gaul sebati. Masukkan pula bancuhan tepung jagung. Gaul dan masak sehingga dapat kepekatan yang ideal.
  3. P/S: Jika anda rasa ada kekurangan pada rasa masam @ inti tersangat manis, bolehlah tambahkan perahan jus lemon bagi menyeimbangkan rasanya.
  4. Pastri: Ayak tepung dan garam. Masukkan butter dan gaul menjadi seperti serbuk roti. (Gaul guna hujung jari)
  5. Masukkan susu sedikit demi sedikit. Jika perlu, bolehlah tambahkan lagi susu. Adunan ini seharusnya lembut tetapi sedikit liat.
  6. Canai doh atas papan canai dan potong dalam bentuk segiempat (8cmx4cm).
  7. Masukkan inti di permukaan kepingan pastri dan lekatkan kepingan yang lain pada kepingan tersebut. Tekan keseluruhan bahagian tepi pastri. Kemudian, kelim atau lipat ke belakang. Lebih mudah, tekan dengan garfu.
  8. Goreng menggunakan api sederhana sehingga keperangan/keemasan. Jika ingin pastri lebih rangup, simpan dulu dalam peti ais selama 1 jam sebelum digoreng. 

 Tak sempat  nak  tunjuk inti dalam nyer..sebab dah kena ngap dgn anak2 sedara..tapi memang sedap inti  pie nih.. cuma apple merah tuh saya tukarkan kepada apple hijau. itu sahaja :). Kalau nak tengok  resepi version puff nih boleh jengah sini yerk 

Untuk puff version ( Caraku)
Guna ready made pastry  jenama kawanku
Canai sedikit dgn penguli  untuk mendapatkan saiz yang sesuai..kan saiz dia cuma 4 x 4 jerk..:)
letak inti  di tengah-tengah  dan lipat dua seperti membuat sandwich.
Kemudian kemaskan bahagian tepi dgn mengunakan garpu
Sapu kan kuning telur diatas permukaan pastry
Bakar 30 minit dgn suhu 220 darjah   



 

Tuesday, September 4, 2012

Salam Perkenalan dan 8th GiveAway (GA) dari UMIYUMI

Assalamualaikum..

Bertemu kita kembali..ada yang  sedang berpuasa 6 ke? ader yang dah beraya dah pun..Alhamdullilah..haku nih baru dapat sehari..InsyaAllah esok akan bermula semula. 2 minggu  Syawal nih penuh dgn aktiviti  menghadirkan diri dengan jemputan rumah terbuka..mmg kena melupakan  lah   niat2 nak berdiet tuh.Macam2 hidangan  yang tersedia..tak lupa juga..waktu beginilah tuan rumah tayang set pinggan mangkuk..waduh..haku hanya mampu menjeling dan menelan liur..yelah..bila lah nak  merasa guna  pinggan mangkuk  mahal 2 nih..

Hikhik2 tapi kan  kalau   ada yang berminat  nak membeli pinggan mangkuk berjenama nih mudah je sekarang ..tak perlu nak kedai ..duduk depan komputer pun dan boleh beli online..ramai  blogger yang menjual melalui  talian..salah satunya Ms Umiyumi nih.. Kalau minat nak membeli  barangan jenama Corelle..boleh je jengah2  blog beliau..Kebetulan  Ms Umiyumi nih sedang buat  giveaway..wah..sudah yang ke-lapan!! semoga sentiasa murah rezeki dan  berjaya dalam biz  nyer yerk.. (Suka tgk  anak bangsa makin berjaya nih)

Kepada yang berminat nak join giveaway nih boleh klik SINI untuk mengetahui  cara2 nyer yerk.. Hadiah nyer pun lumayan..ce tengok sendiri :

Amacam? best kan hadiahnye..meh lah cuba..JOM JOM!!
Salam perkenalan untuk Umiyumi  juga!!

Saturday, August 11, 2012

BisKut CosMo~ GaRinG RaNGGup!!!

Assalamualaikum..

Ok hari nih tak mau cerita banyak2..Just Nak masukkan n3 biskut2 raya tahun ini..Kepada yang sudi mencuba silakan selamat berhujung minggu!!


Biskut Cosmo
Sumber majalah RASA Julai 2012

Bahan-Bahan
125gm mentega
100gm gula perang
50gm gula kastor
160gm tepung gandum
100gm badam cincang
50gm oat
1/2 sudu teh serbuk penaik
1/4 sudu teh serbuk soda
1 biji telur
1/2 sdt esen vanilla

Ceri untuk hiasan
Oat secukupnya untuk salutan

Cara-Cara
1. Pukul mentega dan gula perang hingga kembang
2. Masukkan telur dan vanilla pukul sebati
3. Masukkan tepung bersama serbuk penaik, soda, badam cincang dan oat dan uli hingga menjadi doh.
4. Bentukkan doh menjadi doh ( haku sukat dgn menggunakan 1/2sdb setiap satunya) dan salut dgn oat hingga rata
5. Susun diatas loyang bakar dan hias dgn cer
6. Bakar dgn suhu 180c selama 25min atau ikut oven masing2

Biskut nih  akan  sedikit mengembang..oleh itu jarakkan  kedudukan doh bila hendak membakar..kalau  sukakan bentuk yang lebih kecil boleh sahaja membentuk  dgn 1sdt  setiap satunya.

Sangat ranggup dan garing!! suka2 :)

Thursday, August 9, 2012

WaDai KiPEnG-NaMa PeLiK RAsa SedaPPppp!!

Assalamualaikum...

Belek2  jadual hari nih baru terperasan...hari nih giliran my sister  jadi  hos buka puasa!! wah wah..tak sabar nak balik kampung petang nanti..sure my sis ader je yg special   dalam masakan nya..sebenarnya..bukan hidangan apa yg menjadi ukuran..tetapi berbuka puasa bersama keluarga dan anak-anak sedara..riuh rendah sewaktu makan..itu yg membuatkan  hidangan bertambah sedap dan jadi berselera.

Giliran rumah haku dah lepas ahad hari tuh..buat ala kadar sahaja..tapi puas hati bila makanan semua habis licin..iailah takder nak membazir..tahun ini  giliran  rumah ku cepat sedikit dari kebiasaan tahun yang sudah2..biasanya  sebagai ole2 haku akan memberikan kakak2 dan abang2 ku  mini hamper beserta  kuih raya dan anak2 sedara pula menerima pre-duit raya!  Tapi tahun nih haku tukarkan kepada  cabutan bertuah jerk..cabutan  yang menentukan jumlah duih raya yang bakal diterima dan jenis  kuih raya mengikut pilihan.riuh rendah rumah ku dgn  gelagat  keluarga.. hehehe..

Apabila bulan Ramadhan..selera ku lebih terarah kepada pengat2 dan bubur serta air asam boi..kalau kuih muih memang ku cari tepung gomak dan kuih melaka berulang-ulang.entah kenapa terasa kalau bualan puasa makanan ini jadi  terlebih enak!!

Menu pengat  yang haku nak tunjukkan ini   haku ambil resepinya dari majalah Aroma Julai 2012.Selain dari nama nya yang sedikit pelik, bentuk warna dan pengunaan gula perang  menarik perhatian.Ialah selalu kan kalau pengat kita gunakan gula merah. Resepi ini telah ku olah mengikut keperluan dan citerasa ku ye..oleh kerana  haku membuat  untuk hidangan ramai orang makan  adunan pengat ini  telah  kubuat sebanyak 4 adunan! mari semak resepi versi derhaka..ahaks.Sekali tgk macam  butir nangka..macam candil pun ader juga..rupanya dari maklumat yang baru diterima wadai kipeng nih  pengat org banjar..ader juga yang diletakkan inti didalam nya..inti apalah tuh  yerk..sbb dlm majalah nih takder plak dia letak inti..hahaha..boleh cuba lagi nanti.


Wadai Kipeng
Sumber : Majalah Aroma Jul 2012

Bahan- bahan
4 cawan tepung pulut
pewarna
air secukupnya ( haku ganti dgn santan cair)
1 sdk garam

4 cawan santan pekat
2 cawan air
2 cawan gula perang
1 cawan gula putih
1 cawan sagu biji yang direndam
daun pandan

Cara-cara
1. Campurkan tepung pulut dgn santan cair , garam dan titiskan pewarna.Uli dan bentuhkan doh menjadi bulat..kemudian leperkan sedikit dan tekan bahagian tengah nya ( haku tak buat..haku bentuk bulatkan sahaja)
2. Panaskan air , santan dan gula dan masukkan adunan tepung  pulut yang diuli tadi.
3. Masukkan sagu dan pandan.
4. Biarkan mendidih atau sehingga  tepung pulut  telah timbul.
5. Sedia dihidang.


Selamat mencuba!!

PuDinG LaPiS KaCa BErLaiCi


Assalamualaikum..dah masuk  hari kesepuluh  terakhr Ramadhan..cepat nya masa berlalu...bagaimana kah persiapan kita menghadapi malam2 terakhir ini? apakah akan berjumpa dgn Ramadhan tahun hadapan? haiz sayu nyer hati..haku tau  terlalu sedikit yg dapat haku lakukan pada Ramadhan kali ini  tetapi haku tetap berdoa semoga Allah menerima amal ibadat ku ..walau  sebenarnya terlalu malu kerana terlalu sedikit..tetapi haku percaya Allah maha  penyayang dan pengasih  jangan Dia melupakan haku dan meninggalkan haku serta berpaling dari  melihat  amal ku terhadap nya .

hati nih sedih dan sayu jerk  bila mendengar kan lagu-lagu raya yang mula berkumandang di radio..sedih nya kerana   berbahagia mereka yang beraya bersama ibu bapa. Hanya kiriman doa-doa untuk arwah ayahanda dan bonda dapat kukirimkan.

Enough with the ramblings..Puding hari nih aderlah variasi dari puding lapis kaca. Cuma pada bahagian tidak bersusu nya itu ku campurkan dgn  jus laici  dan lapisakan seperti diatas.Puding yang mudah untuk dibuat.enak pula rasa ditekak.

Selamat Mencuba!!

Wednesday, August 8, 2012

HoMeMaDE SanDiNgS SuGaR fOr SaMpEriT

Assalamualaikum..

Alhamdullilah hari nih   baru dapat menghapdet  blog semula..Pengalaman di Hospital dua hari lepas tak dapat kulupakan! manakan tidak..tak pernah seumur hidup ku ini kena buat xray  dan  kehulu hilir membuat beberapa ujian  sehingga dirujuk kepada pakar..nasib baiklah tak kena admit di hospital! Walau sakit  masih ader ..tapi alhamdullilah sedikit berkurang..ngeri juga kalau membayangkan kemungkinan  haku memang ader prolapse disc?! erks...lepas nih kena jaga pemakan..kena bersenam..kena buat semua yang doktor suruh!! ( ahaks) 

Tentulah  dgn  beberapa hari  lagi  menanti Syawal menjelma..ibu-ibu dan kakak-kak serta adik-adik  sibuk membuat persiapan ..mula membuat kuih muih..ader yang dah berbalang..ada yang beli sahaja..untuk haku ..haku selesa  membuat sendiri..tetapi tahun ini..hanya berniat membuat utk  orang..alhamdullilah tempahan  tahun ini  sangat memberangsangkan! boleh lahberi anak2 sedara  merasa duit raya lebih sikit.

Hari ini  haku nak share kan cara-cara membuat sanding sugar (Gula Tabur/Hiasan) yang selalu digunakan untuk menghias  biskut samperit..Sanding sugar juga boleh  digunakan untuk menghias  cupcakes dan juga cawan-cawan cocktail anda..Haku terlupa dari mana haku belajar teknik ini..aderkah dari youtube atau dari blog..erkkkk..another sign of age?

Bermula  dari kiri atas ke kanan :
1. Masukkan gula  yang hendak digunakan secukupnya kedalam  beg plastik.
2.  Titiskan 4-5 titik pewarna pilihan.
3. Goncang  beg plastik tersebut untuk  meratakan warna.
4. Tuang gula yg diwarnakan kedalam bekas dan biarkan seketika dlm suhu bilik supaya gula benar2 kering sebelum digunakan.

Taraaaa......... inilah hasil  sanding sugar hari ini..biskut samperit!



Pretty isnt it? for the Biskut Samperit recipe click HERE... 

Friday, August 3, 2012

AGaR-AgAR AiR NeNAs SeLASiH DeNGan LaiCi

Assalamualaikum ..

Telah 2 minggu kita berpuasa..Alhamdulillah sehingga kini masih diberikan kesihatan  untuk  berpuasa.Tentu ader yang mula menyiapkan  persediaan menyambut Aidilfitri.Pakaian..langsir ..kuih muih..ahaks..Jangan lupa zakat fitrah!!

Untuk haku tahun nih.. tak terpikir nak beli baju baru  kasut baru..guna aja lah apa yang ada.Setiap tahun  terasa seperti  sayu betul menyambut Syawal apatah lagi  dengan ketiadaan kedu orang tua..walau keluarga besar..ada masa terasa sunyi betul bersendiri. Inilah dia cabaran orang bujang.Tapi takperlah  haku percaya Allah sedang menyediakan yang terbaik untukku InsyaAllah.masih beruntung  ada keluarga dan anak-anak sedara, dapat juga menumpang  gembira.:)

Hari nih haku nak kongsikan resepi agar-agar  yang haku  ambil dari majalah  RASA ogos 2012.Sedap agar-agar nih.resepi asal tuh  cuma Agar-agar air nenas selasih..haku memandai tambah laici..kes nak habiskan stock laici..ahaks..ok meh tgk  version  haku membuat agar2 nih.

  
Agar-Agar Air Nenas Selasih dengan Laici.
Sumber : Majalah RASA Ogos 2012

Bahan-bahan
10gm serbuk agar-agar
1 cwn gula
500ml jus air nenas
500ml air 
2sdk biji selasih direndam dahulu
Laici secukupnya
Jus Laici  secukupnya.

Cara membuat
1. Larutkan gula dan agar-agar dlm  jus nenas dan air.Didihkan.
2. Susun  laici dalam acuan.Tuangkan sedikit jus laici.
3. Tuang adunan  agar-agar dalam acuan
4. Sudukan selasih.Biar seketika sehingga sejuk.
5. Sejukkan dan sedia untuk dihidang.


Mudah cara penyediaan nyer kan..dah susun-susun dalam tupperware.Ready nak dihantar untuk dijual. :)