Saturday, August 13, 2011

NaManya KUih TaKo lah!

Pheewww..akhirnya berjaya juga membuat kuih nih..selalu nyer tau makan jerk..sejak awal Ramadhan hari tuh haku memang dah berniat nak mencuba membuat..tapi masa tuh konpius antara perbezaan Kuih nih dan Tepung Pelita..tapi akhirnya tup..tup Kak Azlita dlm blognya telah menunjukkan langkah demi langkah pembuatan Kuih Tako nih..Bagai org mengantuk disorong bantal!!! Laju jer haku membeli semua bahan untuk membuat.Kak Azlita juga menunjukkan cara-cara membuat Tepung Pelita..ooo baru lah haku dapat mencari perbazaan kedua kuih nih..hehehe..lepas nih bolehlah buat projek Tepung pelita plak..tapi kena import daun p isang dr kampung dulu..ahaks..and N3 ini khas untuk sahabat baik ku Why yang nak tahu step by step pembuatan Kuih Tako..Resepi haku CNP mcm biasa and Why..please refer to the link untuk step by step pembuatan kotak tuh yerk :) untuk Kak Azlita terima kasih banyak2.

KUIH TAKO
Sumber : kak Azlita (Masam Manis )
Adunan nih menghasilkan lebih kurang 12 kotak kuih tako

Lapisan Bawah
25 gm tepung hoen kwe - hijau
1 1/2 cawan air
1/2 cawan gula
2 biji sengkuang cina - di potong dadu (kalau tak de boleh guna buah pear)

Lapisan Atas
25 gm tepung hoen kwe - putih
2 cawan sartan - 1/2 cawan santan Kara + 1 1/2 cawan air
secubit garam

Susun kotak pandan atas tray.
Aturkan potongan sengkuang Cina dalan kotak pandan tadi.
Campurkan semua bahan Lapisan Bawah dalam periuk dan masak atas api sederhana sambil mengacau hinga dia meletup - letup dan pekat terus tutup api dan masukkan dalam kotak pandan tadi.

Kemudian kita ketepikan, dan buat pula Lapisan Atas.
Satukan semua lapisan atas dam periuk dan masak atas api sederhana sambil dikacau. Sama seperti proses memasak lapisan bawah. Bila ia meletup2 kecil tu terus tutup api.
Pastikan lapisan yg bawah tadi dah mengeras baru tuang lapisan putih.
Tuang dari bahagian tepi dulu supaya dia tak bolos ke lapisan bawah. Tuang perlahan.
Tunggu sejuk dan kemudian boleh di simpan dalam peti ais. Makan sejuk2 sedap!

* Peringatan 1 sdb = 10grams



Ader yang terliur ker? Mudah je membuat kuih nih rupanyer!! Lepas nih kalau disuruh membuat InsyaAllah tau dah :)

Haku buat setengah adunan diatas..dapat lah dlm 6 kotak..cukup lah kan..makan sendiri :)

Ini dia rupa tepung Hoen Kwe..ader kaler putih/hijau/oren/merah dan biru!!

6 comments:

aeinio said...
This comment has been removed by a blog administrator.
AZLITA AZIZ said...
This comment has been removed by a blog administrator.
ninazsyafinaz said...
This comment has been removed by the author.
ninazsyafinaz said...
This comment has been removed by the author.
Missy Cha said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.