Monday, August 15, 2011

PuDDinG KasIH BeRTaUT

Alhamdullilah...dah masuk minggu-3 kita berpuasa kan ..Alhamdullilah..puji dan syukur kepada Allah kerana masih diberikan kesihatan dan umur untuk menjalani ibadah pada tahun ini..Mesti banyak yang dah mula bershopping menyediakan persiapan untuk hari raya..tak kurang juga yang dah mula godek2 biskut raya kan..walau apa pun..kalau bershopping bawa anak2 tuh janganlah sampai leka...bila berjalan ke Tesco/Kipmart asyik dengar DJ bagi tau ader jumpa budak jerk..haizz..jangan nanti beraya tak berlagu..org happy2 anak kita hilang ntah kemana..Nauzubillah..simpang malaikat 44!! Ishk...

Ok2 enuf of the rambling..nak share satu resepi pudding yang dah lama haku mengintai..sbb kejadiannyer sgt cantik..colourful..menarik minat ku...Pudding nih haku buat sebagai buah tangan sempena turn berbuka puasa di rumah Kak Long ku Sabtu malam minggu yang lepas..whoaa..mcm2 makan ader..seronok kami adik bradik berkumpul..semoga ikatan kasih sayang kami adik bradik sentiasa mekar dan bertaut mcm pudding nih jugak! :)Membuat pudding nihkan..kalau takda acu munga dan lovey cam haku nyer tuh boleh jer..keraskan puding kemudian potong2 segiempat.macam kat sini.Resepi nih haku amik dr blog kak Naz...erks..erks..cam sama gituh nama..Thank you Kak Naz...haku CNP resepi kat sini..




PUDING KASIH BERTAUT

Resepi Oleh : Naz's CUTE OVEN, SMALL KITCHEN

Bahan-bahan A :

* 1/2 paket @ 2 tsp serbuk agar-agar (dari sepeket 10 gm serbuk agar-agar)
* 300 ml air
* 200 ml santan
* 1/2 cawan gula
* 1 biji telur
* 2 atau 3 jenis pewarna dan perisa (kalau tak nak letak perisa pun tak pe, just pewarna)

Cara-cara :

1. Masukkan serbuk agar-agar, gula dan air ke dalam periuk dan masak hingga gula dan serbuk agar-agar larut. Kecilkan api.
2. Pecahkan telur ke dalam santan dan kocok sikit dengan garfu. Tuang ke dalam periuk berisi larutan agar-agar tadi dan kacau sebati dan masak hingga mendidih (beware! atas api perlahan tau!). Setelah mendidih, tutup api.
3. Bahagikan larutan kepada 2 atau 3 bahagian dan masukkan pewarna dan perisa. Kacau sebati setiap bahagian dan tuangkan ke dalam mould yang anda suka. Biarkan ia keras di dalam peti sejuk.
4. Setelah keras, keluarkan agar-agar dari mould atau kalau guna bekas yang besar sebagai mould tadi, potong agar-agar menjadi kiub-kiub kecil dan masukkan semua agar-agar ini ke dalam satu bekas lain yang lebih besar.

Bahan-bahan B :

* 1 paket serbuk agar-agar 10 gm
* 1 liter air
* 1/2 cawan gula pasir
* 100 gm gula Melaka atau nise
* 2 helai daun pandan (disimpulkan)


Cara-cara :
Masukkan semua bahan di atas ke dalam periuk dan masak hingga larut dan mendidih. Tutup api dan tapis larutan agar-agar.

Cara menyediakan puding :
Tuang larutan agar-agar B ke dalam bekas yang berisi semua agar-agar A / kiub-kiub agar-agar A tadi. Biarkan keras dan sejukkan ke dalam peti ais.



Sesuai juga kalau nak buat hantaran atau hidangan makan damai kan..?


Sgt suka dengan kejadian pudding ini tau..bangga dapat membuatnyer sendiri..:)


4 comments:

supiha hasim said...
This comment has been removed by a blog administrator.
ninazsyafinaz said...
This comment has been removed by the author.
Nadz Nazharzan said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.