Monday, October 11, 2010

ChocoLate MoisT Cake


Salam Isnin...hari nih nak tayang projek kita dihujung minggu..hahhaa.. walau dengan equipment yg kurang..Im proud to myself..berjaya juga haku membuat kek Barbie nih kan ( walau pun bukan Barbie sebenarlah ) Terima kasih lah pada kakak haku nih yg menempah kek nih untuk birthday anak nya yg kesepuluh tahun pada 10/10/10/../ whoaa tarikh manyak cantik wooo.

Macam biasa flava cake haku guna flava choc.Sebenarnyerkan..begitu banyak version2 Moist Choc Cake kat luar sana..dan haku pun tak pernah setia pada yg satu..ader tu bila kita buat dia tak begitu moist..ader yg moist ..tapi terlalu berminyak..adr juga yg memula moist..lepas kena simpan dlm peties terus jadi padat..kematu.Kali nih haku follow resepi Moist choc cake dr resepi CMG. Kalau yang nak cuba tuh boleh refer kat resepi nih yerk..Mmg sgt gebus dan mantop!! Masuk peties pun tetap gebus..haku double the size of adunan..dan adjust sikit bab gula..takmo kek manis2 sgt..sbb nanti nak simbah ganache dah manis..butercream pun dah manis kan..tapi pada yg suka manis2 nih terpulang.. :)


MOIST CHOCOLATE CAKE
( Sumber CnP Ah Mat Gebu )

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan tepung kek/tepung gandum*
1 camca teh serbuk penaik*(*digaul dan diayak 3 kali)
1 cawan gula halus (castor sugar) ( kita guna 3/4 cawan shj )
2 biji telur gred A
125 g mentega
1 camca teh esen vanilla
1/2 cawan serbuk koko*
1/2 camca teh nescafe* ( kita ganti dengan Kopi emulco )
1/4 cawan gula halus* ( tak letak )
1/2 cawan air panas*
1/4 cawan susu cair*(*disatukan hingga menjadi pes coklat)

BAHAN COKLAT GANACHE :-)
100 g coklat masakkan
50 ml UHT Whipping Cream (boleg ganti dengan susu 100 ml susu cair)
1 camca teh mentega

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 175C. Lenser tin berukuran ( 5 x 8 x 3 ) inci dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak. Ketepikan.
  2. Pukul mentega dan gula halus hingga putih. Masukkan esen vanilla dan telur satu persatu sambil terus memutar hingga adunan kembang dan gula hancur.
  3. Perlahankan speed, masukkan tepung berelang seli dengan pes coklat hingga habis. Gaul hingga rata dan sebati.
  4. Tuang adunan tadi dalam tin. Bakar dalam oven selama 45 - 50 minit. Sejukkan sebelum dihias dengan chocolate ganache jika suka...
  5. UNTUK GANACHE:- Satukan coklat dan UHT Whipping Cream dalam mangkuk tahan panas. Cairkan secara double-boiler, bila semua larut, matikan api dan masukkan mentega dan gaul rata. Biarkan suam dan boleh tuang atas kek coklat tadi.

No comments: