Friday, October 8, 2010

MeE ReBuS SinGapURa

Cuba tengok pelakon2 tambahan kat atas nih..mcm ader yg kurang kan??mana cik taugeh kita.?? hahaha..semnjak haku terbaca kes taugeh kat FB nih ..terus tak lau makan taugeh..kembang tekak memikirkan nyer..pulak tengok taugeh kat Tesco tuh putih2 melepak..haiz..tak sanggup2..Jadi oleh kerana was2 yg menebal haku cancel amik taugeh jadi pelakon tambahan untuk menu Mee Rebus Singapura ku hini..hehe..resepi nih kan haku amik dr rumah kak Hana Jepun nun..Ini ialah menu yg ku buat untuk menjamu teman2 yg datang sempena majlis rumah terbuka hari raya minggu lalu..kiranyer nie menu tertunggak yerk..2-3 hari nih Cik tenet nih asyik problem jerk. (Alasan ...) hahaha...


Kalau tengok resepi nih kat umah kak Hana..Kuah nyer seakan pekat dan sedikit kuning ekat..yg haku buat nih mcm cair dan merah sedikit..agaknyer kurang keledek..agaknyer terlebih lada..mungkin juga tak letak tepung beras...mungkin..dan mungkin..tapi mmg best resepi nih..pulak tuh bila ader yg memuji..jadi bukan adegan isi bakul angkat sendiri lah yerk..Kak Hana..kita CnP resepi kat sini plak yerk

MEE REBUS SINGAPURA
( Sumber Kak Hana Kanazawa )


Bahan-bahan

  • Taugeh
  • Telur rebus
  • Daun bawang dan daun sup
  • Bawang goreng
  • Lada Hijau/Merah
  • Tauhu - goreng
  • 1 kilo mee kuning - celur dan toskan
  • dan potong dadu
  • Limau
Bahan Kisar@Rempah
  • 3 batang serai - hana buh dua je
  • 1 inci lengkuas
  • 4 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 1-2 sudu besar cili kisar
  • 1 tbs serbuk jintan halus
  • 1 tbs serbuk jintan kasar
  • 1 tbs serbuk ketumbar
  • 1 tbs serbuk kunyit - hana gune kunyit idop
  • 1 mangkuk kecil udang geragau@udang kering -blend- hana campur udang segar ( haku guna geragau )
  • 5 tbs taucu - blend
  • 1 mangkuk kecil kacang tanah - goreng dan blend halus (hana kurangkan sbb tmbh keledek) ( haku follow the resepi )
  • 1 biji keledek - resepi asal xde . rebus dan blend
  • Garam dan gula
  • 4 tbs tepung beras- hana buh 1-2sudu je sbb dah buh keledek
  • Daging - rebus - yang nih hana tambah gune daging btg pinang mudah empuk. ( ( haku guna daging tetel )
Cara-cara
  • Campur kesemua bahan2 rempah (jintan halus, jintan kasar, ketumbar, cili serbuk , kunyit) bersama air.
  • Tumis bahan blend (serai, lengkuas, bwg besar, bwg putih,halia) sehingga naik bau.
  • Masukkan rempah dan goreng sehingga pecah minyak
  • Masukkan pula bahan blend seperti udang geragau, kacang, keledek dan tauchu, dikacau sebati selama 5 minit dan juga daging.
  • Masukkan garam dan gula
  • Masukkan air ke paras yg diingini- hana gune air rebusan daging dan kulit udang ( I follow )
  • Bila kuah dan mendidih, masukkan tepung beras utk pekatkan kuah.
  • Kuah hendaklah pekat dan agak manis sikit.
  • Hidangkan mee dengan kuah dan juga bahan2 sampingan lain.

Taraa...tuan rumah makan dulu..nanti kalau tetamu dah datang..tak sempat nak jamah.. :)

No comments: