Wednesday, October 6, 2010

SupTuLaNg MeRAh

Salam Rabu..haiz..dr tadi cuba nak masukkan N3 ..ader je masalah dgn Cik tenet..nak kata bil tak bayar? tip top account..tapi Alhamdullilah..akhirnyer berjaya juga :) Minggu nih boleh tahan tahap kebizian ..mana yg saat terakhir membuat rumah terbuka..memenuhi jemputan rumah terbuka..hehe..almaklum tinggal beberapa hari lagi Syawal yg berbaki. Untuk kesekian kalinyer seperti tahun2 yg lalu..tahun nih dengan rezeki yang diberikan oleh Allah dapat juga haku buat majlis rumah terbuka sempenan Hari raya..macam biasa majlis nih akan ader 2 sesi..Untuk famili dan utk kawan2..yelah mana muat rumah ku yg chumel tuh kalau semua datang berpusu..keluarga ku sahaja cukup untuk memenuhi ruang rumah :) Menu Sup tulang Merah nih haku buat sewaktu sesi terbuka hari raya bersama Family..makan dengan Roti Bagutte dan roti potong.Sebenarnyer..memikirkan menu apa yg sesuai sgt memeningkan..ntah macamana tertarik nak mencuba resepi nih..sbb kami sekeluarga memeang tak pernah makan sup tulang merah!! jadi satu kelebihan dan kelainan mencuba resepi baru :).Resepi nih haku godek dr Dapur Rozzan diseberang tambak dan juga di Dapur kak Am flora dan akhirnyer haku follow resepi kak am..sebb?? sebab..Kak Am tinggal lebih dekat dengan kawasan rumah ku..Incase kalau ader masalah atau tak pasti yg mana2 senang je haku nak menghubungi Kak Am..itupun masa berjumpa Kak Am sebelumnyer..beberapa tips telah diberikan.Terima Kasih ye Kak Am..nervous you nak masak..tak pernah masak.. tak pernah makan..jadi tak tahu macamana rasanyer Sup Tulang merah nih..But i tell you..lepas buat..mmg sedap..betul kata kak Am tabur bawang goreng lebih sikit...mmg sedap!! Lain kali boleh cuba lagi..Untuk kali nih haku buat guna tulang lembu campur sedikit dengan bahagian tetel..Ni adegan semua tak makan kambing daa..

Sup Tulang Merah
( Sumber Kak Am Flora )

BAHAN2

  • 1kg daging/tulang (kambing/lembu)
  • 1 tin kecil tomato puri
  • 1-2 biji buah tomato
  • 2 sb rempah sup merah (kalau x de, rempah kari daging pun boleh)
  • 3 sb gula (blh ditambah ikut rasa masing2)
  • 3 sb chilli sos (blh ditambah)
  • 1-2 btg serai (dititik dlm rebusan tulang tadi)
  • Air secukupnya
  • sedikit garam
  • sedikit minyak (utk menumis)

Bahan Kisar

  • 10 tgkai cili kering (nak pedas blh lebihkan)
  • 2 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1" halia
  • 1" lengkuas (optional)

Caranya

Tulang kambing digaul dgn tepung terlebih dulu (utk hilang bau hamisnya) dan dicuci. (Kalau lembu x perlu digaul dgn tepung). Rebus tulang tersebut dengan titikkan serai (2 btg), bawang putih (2 ulas) & halia (1"). Didihkan sehingga masak.

Sementara itu, tumis bahan yg telah diblender dgn sedikit minyak, masukan tomato puri, rempah kari dan tumis hingga garing. Letak chili sos & gula lalu dimasukan air diikuti dgn garam. Bila dah agak nak mendidih masukkan buah tomato dan biar sehingga betul2 mendidih dan agak pekat. (Bagi yg suka blh juga letak carrot/kentang). Setelah masak boleh dihidangkan dan taburkan bawang goreng & daun sup. Sedap dimakan panas2..


Resepi nih popular tau kalau org yg duk Singapore..ader satu tempat panggil Beach road..dengar kata boleh dapat the best Sup Tulang Merah nih kat situ..ader gak yg panggil Sup nih sup Gear BOx..hehe..memanalahkan..

No comments: